Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapan lagi diiktiraf dalam Dewan Termasyur Wanita Singapura

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



KEJAYAAN lapan wanita mencapai impian mereka walaupun menghadapi prasangka dan halangan mendapat pengiktirafan apabila mereka disertakan dalam Dewan Termasyur Wanita Singapura (SWHF) 2023.



Antara mereka ialah bekas pengarang majalah gaya hidup wanita Fesyen pada 1950-an dan 1960-an, Cik Saleha Mohd Shah, yang kini berusia 88 tahun.



Yang lain ialah:



- Leftenan Kolonel Kanan Lee Mei Yi, pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF)



- Cik Amanda Heng, pelukis



- Cik Celia Loe, pereka fesyen dan usahawan



- Cik Esther Tay, pereka fesyen dan usahawan



- Cik Janet Lim, pegawai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian



- Cik Khoo Kim Choo, pendidik perintis dan pakar pendidikan awal kanan-kanak



- Cik Ovidia Yu, penulis novel dan drama



Acara pengiktirafan itu diadakan di Istana pada Rabu, sempena Hari Wanita Antarabangsa, dengan Presiden Halimah Yacob sebagai tetamu terhormat.



Dengan ini, tokoh yang diberi penghormatan dalam SWHF, sebuah inisiatif Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), atas pencapaian mereka berjumlah 182 orang.



Dalam ucapannya, Presiden Halimah berkata walaupun banyak kemajuan telah dicapai oleh wanita Singapura, masih banyak lagi yang boleh dilakukan.



"Masih terdapat stereotaip jantina dan halangan yang mengehad keupayaan wanita mencapai potensi penuh mereka. Setiap orang adalah aset terbesar dan setiap individu harus mempunyai peluang yang sama untuk meneroka potensi mereka dan mencapai aspirasi mereka," ujar beliau.



Singapura satu-satunya negara Asia dalam kedudukan 10 negara teratas bagi kesaksamaan jantina, di tempat ketujuh pada 2021, dalam Laporan Pembangunan Manusia PBB yang diterbitkan pada 2022. Ini adalah peningkatan daripada tempt ke-12 pada 2019.



Namun, Presiden Halimah, berkata masih kurang wanita tempatan dalam jawatan kepimpinan, yang bermakna bakat mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan pertubuhan masih dipandang rendah.



Beliau menggesa agar lebih banyak kesedaran dibangkitkan tentang faedah mempromosikan wanita ke dalam peranan kepimpinan pertubuhan.



Sementara itu, Cik Saleha berkata ketika berusia 10 tahun, ibu bapanya ingin mengahwinkannya tetapi beliau teguh dengan pendiriannya enggan berkahwin muda. Sebaliknya, beliau meneruskan persekolahan.



Beliau kemudian menjadi wartawan dan editor Fesyen, majalah gaya hidup pertama di rantau ini, kerana beliau ingin menggalak wanita Melayu membaca dan meluaskan pemikiran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >