Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENULARAN COVID-19 DI SINGAPURA

Lapan lagi warga emas S'pura meninggal akibat komplikasi Covid-19

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



LAPAN warga Singapura berusia antara 72 dengan 90 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Mereka terdiri daripada lima lelaki warga Singapura dan tiga wanita warga Singapura - enam daripada mereka belum divaksinasi.



Seorang telah separuh divaksinasi dan seorang lagi telah mendapatkan vaksinasi penuh.



Kematian terkini membawa bilangan keseluruhan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini kepada 38, berbanding 18 pada bulan lalu.



Ini merupakan hari ke-10 berturut-turut kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan.



Sejauh ini, 93 orang di Singapura telah meninggal dunia akibat virus itu.



Terdapat 2,268 kes baru Covid-19 yang dilaporkan kelmarin.



Daripada jumlah ini, 1,810 dikesan terjangkit dalam masyarakat dan 448 merupakan penghuni asrama.



Kes tempatan termasuk 510 warga tua yang berusia 60 tahun ke atas.



Baki 10 merupakan kes import dan telahpun diletakkan di bawah notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.



Tujuh daripada mereka dikesan apabila tiba di sini manakala tiga yang lain mendapat penyakit itu semasa SHN atau sedang menjalani pengasingan.



Perangkaan terkini itu dikeluarkan sehari selepas bilangan kes baru melepasi jumlah 2,000 kes kepada 2,236.



Bilangan keseluruhan kes di Singapura kini ialah 94,043.



Kelompok baru juga telah muncul di beberapa asrama.



Sepuluh kes telah ditambah kepada kelompok Asrama Kian Teck dekat Jurong West, membawa bilangannya kepada 60, manakala kelompok berdekatan Hostel Kian Teck mempunyai enam kes baru dan bilangan keseluruhan kepada 49.



Tujuh kes telah ditambah kepada kelompok asrama Tuas South, membawa jumlah keseluruhan kepada 22.



Tiada bukti terdapat penularan dalam asrama menular ke luar kawasan asrama, menurut MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >