Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapan pemuda diberkas, disyaki terlibat dalam penipuan khidmat seksual

May 27, 2020 | 02:30 PM



Polis sedang menyiasat lapan pemuda, berusia antara 16 dan 21 tahun, kerana disyaki terlibat dalam penipuan perkhidmatan seksual.



Menurut polis dalam kenyataannya, antara 21 Januari dan 24 April lalu, pihaknya menerima banyak laporan dari mangsa yang ditipu supaya membuat pembayaran setelah memberi respons terhadap iklan dalam talian untuk perkhidmatan seksual.



Melalui siasatan, pegawai dari Polis Divisyen Woodlands telah mengenalpasti identiti suspek. 



Siasatan awal menunjukkan bahawa para pemuda tersebut disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kes penipuan perkhidmatan seksual yang melibatkan lebih banyak lagi daripada $700.



Siasatan polis sedang dijalankan. 



Kesalahan menipu, boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan, boleh membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda. 



Bagi kesalahan pengubahan wang haram, pesalah boleh dihukum di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Penyitaan Faedah), yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan/atau denda sehingga $500,000.



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh mengunjungi www.scamalert.sg atau hubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688. 



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan tersebut boleh menghubungi Talian Polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat secara dalam talian di laman www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >