Lapangan Terbang Changi ‘sambut’ Hari Raya , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lapangan Terbang Changi ‘sambut’ Hari Raya

Jun 14, 2018 | 10:49 AM

Lapangan Terbang Changi mewujudkan semula suasana Hari Raya di kampung dengan hiasan-hiasan yang mungkin mengundang nostalgia sambutan Hari Raya masyarakat Melayu zaman dahulu. 

Pasukan hortikultur yang menghasilkan hiasan tersebut juga berharap kanak-kanak juga dapat mengalami kehidupan di kampung.

Mengikut model rumah-rumah kampung tradisional pada 1900, paparan di Terminal 1 hingga Terminal 4 menawarkan sekilas kehidupan di kampung. 

Di samping itu, makanan tradisional seperti kuih-muih berwarna-warni, ketupat dan satay turut dipamerkan. 

Hiasan tersebut turut memaparkan aspek unik lain kehidupan di kampung, termasuk flora dan fauna. 

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ternakan seperti ayam dan kambing serta kucing rumah yang duduk di serambi meghidupkan lagi paparan tersebut. 

Tanam-tanaman yang biasa dilihat sekitar kampung juga dipaparkan termasuk pokok kelapa, belinjau dan pandan.
 
Permainan tradisional seperti capteh dan batu serembat dan alat muzik seperti gambus dan gendang turut dipaparkan di empat terminal tersebut. 

Paparan-paparan tersebut dibuka untuk orang ramai sejak 1 Jun hingga 30 Jun.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map