Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

Lapangan Terbang Changi asing penumpang dari negara risiko tinggi

May 16, 2021 | 05:30 AM



LAPANGAN Terbang Changi mengambil pendekatan berbilang lapisan dalam mengurus risiko pandemik Covid-19 terhadap kesihatan awam.



Dalam kenyataannya semalam, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menjelaskan ia akan mengasingkan penumpang dari negara atau rantau berisiko tinggi di pangkalan berbeza berbanding penumpang negara atau rantau berisiko rendah.



Justeru, penumpang ini akan tiba dari dewan ketibaan imigresen berbeza, mempunyai jaluran bagasi berasingan dan menggunakan tandas berlainan.



Penumpang dari negara berisiko tinggi juga akan diiringi dengan ujian Covid-19 dilakukan di stesen pemeriksaan kesihatan berbeza.



Ini, jelas CAAS, akan mengurangkan interaksi antara penumpang dengan kakitangan lapangan terbang.



Dengan 90 peratus pekerja penerbangan barisan hadapan sudah menjalani vaksinasi, usaha mempertingkat operasi vaksinasi bagi baki 10 peratus pekerja barisan hadapan serta pekerja penerbangan penting akan juga dilaksanakan.



Pekerja lapangan terbang akan lebih dilindungi dengan aturan kerja berkohort di mana kumpulan pekerja berbeza akan mempunyai ruang rehat berlainan.



Makanan bagi mereka yang bertugas di kawasan berisiko tinggi juga akan dikirimkan.



Dalam pada itu, 8,000 pekerja pejabat di bangunan terminal penumpang Lapangan Terbang Changi akan juga menjalani ujian Covid-19 dalam masa beberapa hari ini.



Selanjutnya, semua pekerja lapangan terbang dalam tugasan berisiko tinggi akan diletakkan dalam putaran Ujian Rutin Dijadualkan selama tujuh hari tanpa mengira status vaksinasi mereka. Ini adalah peningkatan daripada putaran 14 hari kini.



Menyusuli pembersihan kawasan besmen 2 di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi dan pusat beli-belah Jewel, operasi pembersihan dan penyahjangkitan akan diperluas ke ruang transit khususnya yang disyaki menjadi ruang jangkitan pekerja lapangan terbang.



Sementara itu, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) juga telah memperketat langkah berjaga-jaga dengan menghentikan kunjungan keluarga banduan ke penjara, sesi kaunseling, program pemulihan dan janji temu hospital yang tidak kritikal.



Ini menyusuli pengesahan kes jangkitan Covid-19 melibatkan seorang cef di dapur Kompleks Penjara Changi (CPC).



SPS serta-merta menghentikan operasi dapur di Institusi A5 dan memulakan usaha menjejak kontak.



Sekitar 5,000 banduan, kakitangan penjara dan rakan kerjasama akan diuji secara beransur-ansur dalam masa beberapa hari ini.



Semalam, 31 kes jangkitan Covid-19 baru termasuk 19 kes dalam masyarakat dikenal pasti.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan 17 daripada kes masyarakat itu berkait dengan kes sebelumnya manakala dua lagi tiada kaitan.



Dalam kalangan 12 kes import pula, tujuh daripadanya melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang kembali ke sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >