Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi catat kerugian bersih pertama dengan kemerosotan jumlah penumpang ekoran pandemik Covid-19

Aug 31, 2021 | 11:58 PM



LAPANGAN Terbang Changi mengalami kerugian buat kali pertama dalam tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, dengan hanya 1.1 juta penumpang melintasi pintu penerbangannya menyusuli kesan pandemik Covid-19 kepada perjalanan udara.



Ia mewakili kemerosotan 98 peratus dalam trafik penumpang berbanding tahun lalu.



Kerugian bersih kepada pemegang saham adalah $954 juta, turun daripada keuntungan $435 juta dalam tahun kewangan 2019/20.



Bilangan pesawat yang melintasi lapangan terbang ini juga merosot sebanyak 80 peratus dalam tempoh yang sama manakala jualan konsesi turun hampir 90 peratus.



Perangkaan ini dilaporkan dalam laporan tahunan terkini Changi Airport Group yang dikeluarkan pada Isnin (30 Ogos).



Pengerusi CAG, Encik Tan Gee Paw dan Ketua Eksekutif Lee Seow Hiang menjelaskan dalam pesanan bersama bahawa tahun kewangan 2020/2021 adalah yang paling sukar dalam sejarah Lapangan Terbang Changi.



Mereka berkata harapan bagi pemulihan perjalanan udara ini menjadi hambar dengan penutupan sempadan berterusan manakala CAG juga terjejas teruk khususnya kerana ketiadaan pasaran perjalanan udara domestik di Singapura.



Ia menambah hasil daripada khidmat lapangan terbang, konsesi lapangan terbang dan pendapatan sewaan semuanya merosot, membawa pada hasil menyeluruh yang turun sebanyak 78 peratus kepada $697 juta.



Namun, permintaan kargo kekal utuh memandangkan negara lain meminta untuk memulihkan rantaian bekalan, jelas CAG.



Bagi tahun kewangan lalu, kargo udara yang memasuki Changi merosot 23 peratus berbanding tahun sebelumnya. Namun, kemerosotannya tidak begitu ketara berbanding metrik lain seperti bilangan penumpang.



Menjelang Mac tahun ini, kargo yang memasuki Changi hampir bangkit kepada tahap sebelum pandemik.



CAG menjelaskan beberapa langkah pemotongan kos yang ketat perlu diambil bagi mengurangkan impak pandemik Covid-19.



Sebagai contoh, ia menggantung operasi di Terminal 2 dan Terminal 4 sejak Mei tahun lalu dan menjalankan rundingan semula berhubung dengan perihal kontrak perkhidmatan sejajar dengan trafik penumpang yang lebih rendah.



"Langkah ini beserta pemotogan gaji serata syarikat dan pengambilan pekerja yang dibekukan serta sokongan dari pemerintah membolehkan Lapangan Terbang Changi mengurangkan belanja operasi sekitar 56 peratus," kata CAG.



Dalam cabang runcit, CAG berkata ia melaporkan jualan konsesi $280 juta dalam tahun kewangan 20/21.



Sedang ini adalah sekitar 11 peratus daripada isi padu yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, ia masih merupakan kemerosotan yang kurang mendadak berbanding kemerosotan dalam trafik penumpang.



CAG menyifatkan beberapa inisiatif membantu menimbal kesan kemerosotan dalam trafik seperti dorongan ke arah e-dagang yang menyasarkan pada penduduk setempat serta pengenalan jelajah beli-belah dalam kawasan transit.



CAG menambah lapangan terbang ini dan kakitangannya sibuk dengan beberapa inisiatif ini pada tahun lalu di sebalik kemerosotan trafik.



Sebagai contoh, ia mengubah Terminal 4 menjadi pusat vaksinasi terbesar Singapura.



Pusat ini memudahkan vaksinasi bagi sektor penerbangan dan kelautan serta badan pemerintah dan agensi barisan depan. Ia juga boleh dinaikkan skalanya bagi memberi vaksinasi kepada 4,000 orang setiap hari.



CAG juga telah mempertingkat keupayaan menguji Covid-19 sehinggakan ia boleh mengendalikan ujian bagi 20,000 penumpang setiap hari di T1 dan T3 sehingga Mac tahun ini.



Encik Tan dan Encik Lee berkata lapangan terbang ini yakin ia akan dapat bangkit semula di sebalik tahun yang membawa banyak iktibar.



"Sedang negara merata dunia mempertingkatkan vaksinasi dan dengan wujudnya teknologi ujian yang lebih dimampui dan memberikan keputusan lebih cepat, terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa perjalanan udara ini akan disambung semula dengan hanya masa sahaja menentukannya," jelas mereka. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >