Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN UDARA

Lapangan terbang Changi kembali sibuk

Kedai, kafe dalam terminal nikmati perniagaan rancak
Apr 02, 2022 | 05:30 AM



LAPANGAN Terbang Antarabangsa Changi kembali sibuk semalam, dengan ramai orang beratur di kaunter pendaftaran selepas sepi sejak pandemik Covid-19 mula menular di negara ini dua tahun lalu.



Terminal yang biasanya kosong sepanjang tempoh itu semalam dipenuhi orang ramai yang membawa bagasi mereka serta memeriksa jadual penerbangan di skrin yang terletak di serata Terminal 1 dan 3.



Suasana itu berbeza berbanding September lalu apabila kedua-dua terminal itu ditutup disebabkan kelompok Covid-19 melibatkan kakitangan lapangan terbang, lapor The Straits Times.



Sementara itu, kedai dan kafe di lapangan terbang itu turut menikmati perniagaan lebih rancak pada hari pertama Singapura menggantikan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dengan skim perjalanan baru yang dinamakan Rangka Kerja Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTF).



Di bawah rangka kerja itu, semua penumpang yang sudah lengkap divaksinasi dan kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah yang belum lengkap divaksinasi boleh masuk Singapura dari negara yang disenarai di bawah kategori "Perjalanan Umum" melalui udara atau laut tanpa perlu mendapatkan kelulusan, dengan tiada lagi kuota ditetapkan bagi bilangan ketibaan setiap hari.



Mereka antara lain tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau ujian pantas antigen (ART) selepas tiba di Singapura namun tetap perlu ambil ujian prakeberangkatan (PDT) dalam tempoh dua hari sebelum berangkat ke Singapura.



Encik Franklin Tang, 44 tahun, beratur selama sejam untuk mendaftar masuk semalam, walaupun tiba di lapangan terbang pada 7.45 pagi bagi penerbangan 10 pagi ke Maldives.



Barisan beratur itu tidak dijangka, kata ketua eksekutif sebuah syarikat teknologi hartanah.



Beliau dan keluarganya mahu melawat salah satu pusat peranginan Maldives yang baru dibuka, dan telah menempah tiket sebelum pengumuman untuk membatalkan penerbangan VTL dibuat minggu lepas.



"Gembira memegang tiket kapal terbang di tangan. Terdapat beberapa penerbangan pada waktu pagi ke tempat berlainan tetapi hanya satu baris untuk daftar masuk dibuka.



"Sebilangan mesin daftar masuk automatik juga tidak boleh digunakan jadi kami terpaksa beratur.



"Saya membaca bahawa operasi sedang dipertingkat jadi mungkin ini adalah tempoh peralihan. Ia sememangnya menarik untuk melancong lagi," katanya.



Menurut data Changi Airport Group (CAG), 703,000 orang menggunakan Lapangan Terbang Changi pada Februari, meningkat daripada 118,000 pada bulan sama tahun lalu.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, telah berkata lebih ramai pelancong dijangka datang ke sini dalam beberapa bulan mendatang, dengan Terminal 2 dijadual dibuka semula secara berperingkat.



Namun, syarikat penerbangan menyatakan adalah terlalu awal untuk menyatakan adanya trend peningkatan, dengan bilangan penerbangan setiap hari masih belum berubah secara mendadak, tetapi penghapusan batas VTL pada penumpang telah memberi kesan segera di Changi.



Sasaran pihak berkuasa bagi trafik lapangan terbang kembali kepada 50 peratus daripada paras prapandemik pada tahun ini nampaknya boleh dicapai. Ia berada pada kira-kira 13 peratus bulan lalu.



Mereka yang ditemui semalam termasuk yang sudah lama tidak mengembara, dan keluarga yang akhirnya berpeluang bertemu semula.



Malaysia juga membuka semula sempadannya semalam, memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Singapura untuk terbang dengan lebih kerap antara dua negara jiran itu.



Cik Nicky Chan, 26 tahun, seorang pendandan rambut yang bekerja di Singapura, menempah penerbangannya ke Pulau Pinang selepas mengetahui kelonggaran langkah perjalanan minggu lalu.



Beliau tidak dapat bertemu keluarganya di Malaysia selama lebih setahun, dan tidak berjaya menempah penerbangan pulang ke sana semasa Tahun Baru Cina.



Warga Malaysia, Cik Jamunah Krishnan, seorang operator pengeluaran syarikat wafer berusia 40 tahun, menjejak kaki ke sini buat kali pertama selepas dua tahun bekerja di sebuah syarikat Singapura dari rumah di Kuala Lumpur.



"Rasanya gembira untuk kembali ke sini. Saya rindu makanan di sini," katanya.



Kafe dan restoran di terminal lapangan Terbang itu berkata mereka sudah melihat lebih banyak perniagaan.



Jurucakap Coffee Club di Terminal 3 berkata bilangan pelanggan meningkat seganda dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan kedainya kini kekurangan kakitangan, selepas ramai pekerja pulang ke Malaysia semasa wabak itu.




"Gembira memegang tiket kapal terbang di tangan. Terdapat beberapa penerbangan pada waktu pagi ke tempat berlainan tetapi hanya satu baris untuk daftar masuk dibuka.

Sebilangan mesin daftar masuk automatik juga tidak boleh digunakan jadi kami terpaksa beratur.

Saya membaca bahawa operasi sedang dipertingkat jadi mungkin ini adalah tempoh peralihan. Ia sememangnya menarik untuk melancong lagi."

- Encik Franklin Tang semasa menunggu pesawat ke Maldives




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >