Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi sedia kawasan menunggu transit baru di T1, T3

Jun 11, 2020 | 01:15 PM



LAPANGAN Terbang Changi telah mendirikan Kawasan Menunggu Transit baru (THA) di Terminal 1 dan 3.



Ini dilakukan sedang ia bersiap sedia untuk menyambung semula khidmat persinggahan penumpang secara beransur-ansur, yang ditangguhkan ketika Singapura mengenakan sekatan sempadan di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Ini untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penumpang dan kakitangan, kata Changi Airport Group (CAG) kepada The Straits Times, setelah Singapore Airlines (SIA) mengesahkan bahawa ia telah mendapat persetujuan untuk memulakan operasi penerbangan transit.



Dalam kemas kini di lamannya pagi ini, SIA menyatakan pelancong akan dapat membuat persinggahan melalui Lapangan Terbang Changi dari bandar-bandar terpilih di Australia dan New Zealand, ke mana-mana destinasi dalam rangkaian kumpulan SIA yang dikendalikan oleh SIA, SilkAir atau Scoot, mulai hari ini.



Penerbangan transit hanya untuk perjalanan ke luar dari bandar-bandar Australia; Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, Sydney, serta bandar-bandar New Zealand; Auckland dan Christchurch.



Penumpang tidak akan dapat transit dari tempat lain dalam rangkaian kumpulan SIA melalui Singapura ke bandar-bandar ini, tambah syarikat penerbangan nasional itu.



Pelanggan harus memastikan bahawa mereka memenuhi syarat kemasukan untuk tujuan akhir mereka.



Pemindahan ke dan dari penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain pada masa ini tidak dibenarkan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >