Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi, Tekka Centre antara yang dikunjungi kes Covid-19: MOH

Sep 15, 2020 | 11:07 PM



LAPANGAN Terbang Changi, Tekka Centre dan Pusat Beli-Belah Queensway antara tempat yang dikunjungi kes Covid-19 dalam masyarakat ketika mereka dalam tempoh boleh menjangkiti orang lain.



Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (15 September) malam menyenaraikan tempat-tempat awam yang dikunjungi pesakit antara 1 dengan 9 September.



Orang ramai bagaimanapun tidak perlu menjauhi tempat-tempat itu kerana kerja pembersihan dan penyahjangkitan telah dijalankan, kata MOH.



Sebanyak 34 kes baru disahkan hingga 12 tengah hari Selasa, terdiri daripada enam kes yang diimport dan 28 melibatkan pekerja asing yang menginap di dormitori.



Tiada kes dalam masyarakat dilaporkan.



Sementara itu lagi 82 kes telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan sejumlah 56,884 pesakit telah sembuh sejauh ini.



Seramai 51 pesakit masih dirawat di hospital dan lagi 526 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Seramai 27 orang pula telah meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >