Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapor kes dera, keganasan: Talian bantuan bersepadu 24 jam dikenalkan

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH talian bantuan bersepadu 24 jam telah diperkenalkan agar kes keganasan keluarga, penderaan atau pengabaian dapat dilaporkan dengan segera.



Buat julung-julung kalinya, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam melancarkan Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional (NAVH) yang akan memberi respons lebih cepat selain memudahkan mangsa keganasan atau penderaan mendapatkan bantuan.



Dalam pada itu, orang ramai dan pakar juga boleh menghubungi NAVH di talian 1800-777-0000 jika mengesyaki sebarang kes penderaan atau hanya untuk membuat pertanyaan umum.



Dengan adanya talian bantuan bersepadu ini, ia dapat menghadkan keperluan mengendalikan talian bantuan berbeza untuk pelbagai jenis penderaan atau pengabaian, menurut MSF.



Dalam kenyataannya, MSF berkata talian bantuan ini merupakan satu kerjasama masyarakat yang bertujuan menangani keganasan keluarga bersama.



Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling, berkata NAVH dapat membantu mengatasi jurang yang mungkin dihadapi oleh mangsa sebelum ini apabila mereka ingin mendapatkan bantuan.



Ini lebih-lebih lagi apabila isu keganasan keluarga dan penderaan merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian dan ditangani dengan segera.



"Sebelum melancarkan talian bantuan anti keganasan nasional ini, kami mempunyai talian bantuan yang berbeza yang dikendalikan oleh rakan masyarakat yang berbeza.



"Kami merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyatukan talian bantuan yang berlainan ini agar mereka yang sedang mencari pertolongan tahu bahawa terdapat talian yang boleh mereka hubungi," kata Cik Sun.



Sebelum ini terdapat sekitar lima talian bantuan untuk melaporkan penderaan kanak-kanak dan lima talian untuk keganasan keluarga, yang dikendalikan pelbagai agensi dan pertubuhan khidmat sosial berlainan.



NAVH dikendalikan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan DHL yang telah menjalani latihan khusus serta pakar perkhidmatan sosial dari Montfort Care yang akan mengenal pasti bantuan yang diperlukan pemanggil atau mangsa sebelum menghubungkan mereka kepada agensi dan perkhidmatan relevan untuk mendapatkan bantuan lanjut.



"Beberapa kes ini mungkin perlu diuruskan dengan lebih lanjut dan terperinci," ujar Cik Sun ketika lawatannya ke pusat panggilan NAVH semalam.



Sejak ia memulakan operasinya pada 18 Januari lalu, NAVH telah menerima sebanyak 450 panggilan, menurut seorang jurucakap MSF.



Selepas pelancarannya ini, NAVH akan dikembangkan lagi, termasuk dengan memperkenalkan cara membuat laporan menerusi penggunaan teknologi seperti Aplikasi Penjagaan Masyarakat (CGA).




"Sebelum melancarkan talian bantuan anti keganasan nasional ini, kami mempunyai talian bantuan yang berbeza yang dikendalikan oleh rakan masyarakat yang berbeza. Kami merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyatukan talian bantuan yang berlainan ini agar mereka yang sedang mencari pertolongan tahu bahawa terdapat talian yang boleh mereka hubungi.''
- Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >