Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Laporan Al Jazeera beri gambaran salah keadaan jaminan makanan di S’pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Laporan Al Jazeera beri gambaran salah keadaan jaminan makanan di S’pura

Nov 23, 2021 | 08:23 PM

 

 

SATU laporan oleh agensi berita Al Jazeera yang berkata bahawa terdapat keadaan makanan tidak terjamin di Singapura memberikan gambaran yang salah, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.

Encik Chua berkata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan rakan masyarakat telah mempertingkatkan sokongan bagi keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang mudah terjejas sepanjang dua tahun lalu sejak Covid-19 bermula, dengan menangani keperluan kewangan mereka dan menyediakan sokongan perumahan, pekerjaan dan makanan juga.

Menulis di Facebook pada Selasa (23 Nov), beliau berkata satu laporan Al Jazeera baru-baru ini telah “memberikan gambaran sensasi tentang keadaan di Singapura, dan memilih untuk tidak mengiktiraf usaha yang kami telah laksanakan secara kolektif dengan rakan kami untuk menyokong mereka yang memerlukan”.

Encik Chua merujuk kepada laporan Al Jazeera bertajuk ‘Sedang Covid-19 menular, lebih ramai di Singapura kelaparan’ yang diterbitkan pada 10 November lalu.

Beliau berkata MSF, dalam satu jawapan bertulis kepada wartawan Al Jazeera, telah berkongsi pandangan menyeluruh mengenai bantuan yang disediakan kepada golongan memerlukan, termasuk sokongan kewangan tambahan yang diperkenalkan semasa pandemik ini.

Namun, agensi itu telah memilih beberapa kenyataan daripada jawapan MSF itu dan menyertakannya di penghujung laporan tersebut.

“Khususnya, Al Jazeera sengaja memberikan gambaran salah tentang kedudukan MSF – bahawa kami menyedari “terdapat keadaan makanan tidak terjamin di Singapura” dan kemudian menumpukan sebahagian besar laporan mereka untuk memberikan gambaran suram dan teruk mengenai situasi setempat kita, apabila respons kami adalah bahawa kami menyedari “terdapat kumpulan mudah terjejas dalam masyarakat kita yang memerlukan sokongan”, untuk disesuaikan dengan laporan mereka,” kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3