Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GSA sambut baik langkah Saudi izin 1 juta jemaah haji

Harap kuota rasmi 900 jemaah diperuntukkan untuk Singapura akan dikekalkan
Apr 10, 2022 | 05:30 AM



AGENSI haji dan umrah (GSA) menyambut baik dan menyifatkan pengumuman Arab Saudi membenarkan sehingga sejuta jemaah dari dalam dan luar negara sebagai berita gembira untuk jemaah Singapura di tengah-tengah Ramadan.



Mereka yang ditinjau berharap agar kuota rasmi 900 jemaah diperuntukkan untuk Singapura akan dikekalkan dan tidak dikurangkan pada tahun ini.



Menjelaskan, Pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Encik Ayoob Angullia, sangat berharap sekurang-kurangnya 900 jemaah akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini, terutamanya atas sebab skala ekonomi.



"Ini pengumuman sangat baik, sebab kami agak khuatir yang Arab Saudi akan terus tidak membenarkan warga asing menunaikan haji disebabkan pandemik ini sebab ada negara yang masih belum stabil keadaannya.



"Justeru, harapan saya besar agar kita dapat sekurang-kurangnya kuota minimum 900 jemaah agar memudahkan dan menyenangkan kita untuk berfungsi dan menguruskan sebagai GSA," ujar Encik Ayoob.



Menurut beliau, pihak GSA mahu memberikan khidmat yang terbaik untuk jemaah, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.



"Dari segi skala ekonomi, kami harapkan kuota yang munasabah untuk kami beroperasi.



"Kalau kuota diterima di bawah 900, mungkin cara kami berfungsi dan beroperasi adalah lebih mencabar disebabkan jumlah pegawai dan tenaga yang diperlukan khususnya dari segi menjaga kesihatan jemaah. Jemaah tempatan sering kali mahukan yang terbaik dalam semua aspek ibadah haji ini," terangnya.



Menyuarakan sentimen serupa, pengurus haji dan umrah Hamidah Travel & Tours pula, Encik Shaik Dawood Mohd Yacobb, berkata:



"Ini adalah satu langkah yang sangat baik, dan mudah-mudahan ia menjadi satu kenyataan.



"Kami tentunya berharap Arab Saudi dapat memberi kuota yang lebih tinggi tetapi memandangkan jumlah sejuta jemaah ini adalah untuk dalam dan luar negeri, makanya, kemungkinan besar, jumlah kuota untuk Singapura tidak akan ditambah lagi.



"Apa yang penting, kami harap kuota rasmi tahunan yang diperuntukkan untuk Singapura tidak akan dikurangkan."



Walau gembira, pada masa sama, Encik Shaik Dawood berkata pihaknya bersedia berdepan dengan sebarang perubahan yang mendadak dalam musim haji tahun ini.



"Kami yakin yang tentunya proses haji tahun ini tidak mungkin seperti tahun-tahun yang sudah, semua pihak bebas melakukan tugasan mereka. Jadi kami sudah bersedia menghadapi hal ini," ujar beliau.



Encik Shaik Dawood berharap butiran lebih lanjut akan diberikan dalam tempoh masa yang secukupnya untuk para jemaah membuat persiapan.



"Sekiranya dimaklumkan sebelum akhir Ramadan, lebih mudah untuk jemaah membuat persiapan tetapi jika pada saat akhir, lebih sukar untuk jemaah.



"Namun kami akan usahakan apa sahaja yang termampu serta berganding bahu dengan GSA serta Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menjayakan haji tahun ini," tambahnya.



Turut mengalu-alukan perkembangan mengenai jumlah jemaah haji dibenarkan kerajaan Arab Saudi ialah Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad.



"Berita ini memang sangat dialu-alukan kerana akhirnya ada berita rasmi dari pihak Arab Saudi.



"Sebelum ini memang kita ketahui negara itu dibuka semasa haji tetapi tiada butiran mengenai jumlahnya mahupun ia dibuka kepada jemaah luar negara atau tidak.



"Jadi pengumuman ini memang menggembirakan lebih-lebih di tengah-tengah Ramadan," terangnya.



Namun satu cabaran yang dijangkakan Ustazah Juyda ialah mungkin ada jemaah yang akan 'terkejut' sedikit dengan tuntutan ujian Rantaian Polimerase (PCR) sebelum keberangkatan.



"Memang umumnya masyarakat dan jemaah kita sudah biasa dengan ujian PCR seperti yang dialami dalam umrah sebelum ini.



"Tetapi disebabkan prosedur pergerakan di Singapura sendiri kini sudah beralih kepada ujian ujian pantas antigen (ART) yang diselia sendiri sahaja, maka mungkin ada yang agak terkejut.



"Bagaimanapun saya rasa ini tidak akan menghambat mereka daripada menunaikan haji jika tiba giliran dan peluang mereka," jelas Ustazah Juyda.



Bagi golongan jemaah ditinjau, mereka tidak putus-putus berdoa dan berharap lebih banyak tempat akan diperuntukkan.



Cik Aisyah Alzahar, 31 tahun, seorang kakitangan awam yang mendaftar haji dengan suaminya beberapa tahun lalu dan menanti giliran berkata:



"Saya berharap Arab Saudi akan membenarkan lebih banyak tempat untuk rakyat Singapura memandangkan haji tidak dapat ditunaikan selama dua tahun."




JEMAAH DAN UJIAN ART 



"Memang umumnya masyarakat dan jemaah kita sudah biasa dengan ujian PCR seperti yang dialami dalam umrah sebelum ini.

Tetapi disebabkan prosedur pergerakan di Singapura sendiri kini sudah beralih kepada ujian pantas antigen (ART) yang diselia sendiri sahaja, maka mungkin ada yang agak terkejut.

Bagaimanapun saya rasa ini tidak akan menghambat mereka daripada menunaikan haji jika tiba giliran dan peluang mereka.''

- Ustazah Juyda Noor Mohamad, Pengarah Noor Mohamad Services & Travel.



KUOTA BERI KESAN PADA OPERASI



"Dari segi skala ekonomi, kami harapkan kuota yang munasabah untuk kami beroperasi.

Kalau kuota diterima di bawah 900, mungkin cara kami berfungsi dan beroperasi adalah lebih mencabar disebabkan jumlah pegawai dan tenaga yang diperlukan khususnya dari segi menjaga kesihatan jemaah. Jemaah tempatan sering kali mahukan yang terbaik dalam semua aspek ibadah haji ini.''

- Encik Ayoob Angullia, pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >