Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN INSTITUT PENGAJIAN DASAR (IPS)

Usaha dekati Melayu berpendidikan tentang isu pengganasan

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



MELAYU yang lebih berpendidikan dan lebih berinteraksi dengan kaum-kaum lain berkemungkinan besar pernah berdepan dengan orang yang mengaitkan masyarakat Melayu/Islam dengan pengganasan.



Mereka yang berpendidikan lebih rendah pula berkata mereka jarang atau tidak pernah mengalami pengalaman sedemikian.



Justeru, pemerintah dan pertubuhan lain di peringkat akar umbi boleh mempertingkat usaha mendekati kumpulan Melayu berpendidikan ini.



"Satu mesej yang perlu ditekankan bagi kumpulan ini (orang Melayu yang lebih berpendidikan) bahawa penduduk di Singapura, secara am sedar bahawa pengganas mempergunakan agama. Warga Singapura secara am juga mengetahui bahawa pengganas tidak mewakili majoriti kaum Melayu di Singapura atau kepercayaan dan ideologi yang dimiliki masyarakat Muslim," kata IPS.



"Perhatian juga harus diberikan untuk memastikan liputan media dan pengumuman berhubung keselamatan tidak mengaitkan sebarang masyarakat dengan pengganasan,'' tambah laporan Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai Hubungan Masyarakat di Tengah-Tengah Ancaman Pengganasan yang dikeluarkan semalam.



Menurut tinjauan, salah satu sebab utama mengapa Melayu yang lebih berpendidikan terdedah kepada kepada mereka yang mengaitkan masyarakat Melayu/Islam dengan pengganasan adalah kerana peluang pendedahan yang lebih luas.



"Satu sebab pendedahan lebih luas kepada sentimen awam tentang serangan pengganas yang dilakukan atas nama Islam adalah menerusi media, hubungan antara kaum dengan kenalan dan rakan-rakan, atau kerana mereka meluangkan lebih banyak masa di institut-institut pendidikan," kata IPS.



Tinjauan IPS itu, yang dihasilkan Zamil Kajian Kanan Encik Matthew Matthews, Ahli Sekutu Kajian Encik Leonard Lim dan Penolong Kajian Shanthini Selvarajan, bertujuan mengkaji reaksi warga Singapura menyusuli serangan pengganas oleh kumpulan ekstrem asing yang beragama Muslim, Kristian, Buddha atau Hindu.



Ia melibatkan 2,031 peserta - 504 orang Melayu, 1,016 orang Cina dan 511 kaum India dan kaum-kaum lain - jumlah yang mencerminkan peratusan etnik di Singapura, menurut IPS.



Tinjauan juga mendapati peserta Melayu yang berpendidikan lebih tinggi ini lebih cenderung memohon maaf kepada kaum lain menyusuli kejadian pengganas.



Peserta tinjauan Melayu yang lebih muda juga didapati bersikap demikian, mungkin kerana mereka lebih terdedah kepada orang yang mengaitkan kaum Melayu dengan pengganasan.



Hampir 40 peratus peserta Melayu berusia antara 21 dengan 34 tahun berkata mereka melalui pengalaman demikian, berbanding 20 peratus peserta Melayu yang berusia 50 tahun dan ke atas.



Dalam pada itu, IPS berkata hasil kajian lain yang dilakukan pakar psikologi menunjukkan satu cara mengurangkan ketegangan antara kaum dan kumpulan berbilang agama, menyusuli serangan pengganas di Singapura adalah dengan mengingatkan warga Singapura yang beragama tentang asas fahaman agama masing-masing.



Kajian yang dilakukan oleh Schumann, McGregor, Nash dan Ross pada 2014, menunjukkan bahawa orang yang diingatkan tentang asas fahaman agama mereka bersikap kurang bermusuhan menyusuli satu ancaman.



"Bantuan pemimpin masyarakat dan agama adalah genting dari perspektif ini," kata IPS.



"Sebelum sebarang serangan pengganas berlaku, penggubal dasar boleh memilih untuk menimbulkan sudut pemikiran ini dalam pertemuan kerap dengan pemimpin silang agama, dengan harapan pemimpin ini membantu menyebarkan pesanan bertema agama tentang kemaafan, perdamaian, toleransi dan ketenangan sejurus selepas serangan berlaku," kata IPS lagi.



Infografik:



PESERTA TINJAUAN YANG BERINTERAKSI DENGAN SESEORANG DARIPADA KAUM LAIN ATAU KAUMNYA SENDIRI DALAM TEMPOH DUA TAHUN LALU



JUMLAH PESERTA TINJAUAN YANG MELALUI PENGALAMAN BERIKUT, SECARA KERAP ATAU KADANGKALA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >