Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan khas mengenai Raeesah Khan dibentang bagi makluman Parlimen, kata Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen

Dec 06, 2021 | 07:45 PM



JAWATANKUASA Hak Istimewa mengambil keputusan untuk membentangkan laporan khas mengenai siasatannya terhadap aduan yang dibuat ke atas Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, Jumaat lalu (3 Disember) berdasarkan bukti lisan yang didengar pada Khamis dan Jumaat, kata Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen pada Isnin (6 Disember).



Menjawab pertanyaan mengenai keputusannya mengemukakan laporan khas itu sebelum ia memanggil pemimpin WP bagi kenyataannya, jawatankuasa itu berkata ia akan memaklumkan Parlimen mengenai kemajuan siasatan yang dibuat "pada masa yang tepat bila sahaja wajar" dan membentangkan laporan muktamad dalam masa terdekat. Ia tidak memberi penjelasan lanjut.



Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen menukil Arahan Tetap 105 (2), yang menyatakan bahawa jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, sewaktu sidang berlangsung, membuat laporan khas kepada Parlimen mengenai apa sahaja yang ia rasa sesuai dikemukakan kepada Parlimen.



Ia menambah laporan khas telah dikeluarkan pada masa lalu.



Jawatankuasa Hak Istimewa sedang meninjau rancangan membuat aduan ke atas Cik Raeesah yang mengaku berbohong di Parlimen dan meletakkan jawatan pada Selasa lalu daripada WP dan jawatannya sebagai Anggota Parlimen GRC Sengkang.



Akhbar The Straits Times bertanya kepada Parlimen mengapa ia mengambil keputusan mengeluarkan laporan khas serta butiran mengenai saksi dan persidangan akan datang, antara lain.



Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen berkata mesyuarat jawatankuasa pilihan diadakan secara privet kecuali dihurai sebaliknya manakala butiran mengenai perbincangan atau persidangan serta saksi yang berpotensi memberi keterangan "akan lantaran itu kekal bendalir".



Ia menambah mandat jawatankuasa ini adalah untuk menyemak secara terperinci sebarang perkara berhubung dengan aduan itu dan akan menyemak bukti dan penyerahan yang disampaikan secara berterusan.



Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen juga berkata Akta Parlimen (Keutamaan, Keimunan dan Kuasa) mengawal atur tatacara Anggota Parlimen dan orang lain yang ada kena-mengena dengan sidang tersebut dan boleh memanggil sesiapa sahaja agar tampil di hadapan pihak Jawatankuasa untuk memberi bukti bila-bila masa sebelum laporan ini diputuskan.



Jawatankuasa ini akan teruskan siasatan ke atas aduan itu dan akan mendengar bukti lanjut jika ia melihatnya sebagai kena-mengena.



Laporan pada Jumaat menyatakan jawatankuasa akan ditangguhkan hingga Isnin.



Laporan ini mengandungi beberapa pendedahan seperti kenyataan Cik Khan bahawa ketua WP dan Ketua Pembangkang, Encik Singh, Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim dan Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap, telah memberitahunya agar kekal berbohong sebagaimana yang beliau beritahu pada Parlimen pada 3 Ogos.



Ia berbeza daripada sidang media WP pada Khamis, di mana Encik Singh berkata beliau telah mengarahkan Cik Khan agar bertanggungjawab dan mengaku berbohong di Parlimen.



Pada Ahad, WP berkata memandangkan kerja Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen masih diteruskan, WP perlu berhati-hati dalam memberi respons pada tuduhan yang dilontar pada pemimpinnya pada forum dan masa yang sewajarnya.



Ia juga menekankan bahawa Encik Singh, telah memberi kenyataan jelas pada sidang media WP pada 2 Disember bahawa beliau bersedia memberi bukti kepada pihak jawatankuasa.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >