Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan: Khidmat MRT Laluan Utara Selatan, Circle bertambah baik

ERVINA MOHD JAMIL
Apr 24, 2017 | 01:51 PM



KEKERAPAN pekhidmatan kereta api Laluan Utara Selatan (NSL) dan Laluan Circle (CCL) bertambah baik sementara prestasi Laluan Timur Barat (EWL) pula kekal stabil.



Demikian dinyatakan pengendali kereta api SMRT mengenai prestasinya bagi suku pertama tahun ini.



Namun, SMRT menjangkakan kekerapan kereta api bagi EWL itu kembali meningkat sedang kerja peningkatan dijalankan di laluan MRT itu, termasuk menggantikan sistem isyarat dan sistem rel kuasanya.



Dalam satu taklimat media di Depoh Bishan pagi tadi, ketua eksekutif SMRT Desmond Kuek, berkata EWL menjalankan kerja peningkatan itu selepas ia dijalankan di NSL, namun beliau yakin prestasinya akan bertambah baik kelak.



NSL dan EWL merupakan laluan MRT tertua Singapura dan telah beroperasi selama 30 tahun.



Kerja-kerja peningkatan pula sedang dijalankan di kedua-dua laluan itu.



Sehingga 31 Mac lalu, NSL mencatatkan perjalanan sejauh 180,000 kilometer sebelum mengalami gangguan lebih lima minit, lebih baik daripada 156,000 kilometer yang dicatatkan sehingga suku keempat tahun lalu.



Kilometer Min Antara Kegagalan (MKBF) - yang mengukur keandalan rel - bagi EWL bagaimanapun kekal pada 145,000 kilometer.



CCL pula mencatatkan perjalanan sejauh 282,000 kilometer sebelum mengalami gangguan lebih lima minit, lebih baik daripada 228,000 kilometer yang dicatatkannya sehingga suku keempat tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >