Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan polis dibuat selepas pemandu kereta privet rakam video anak lelaki PM Lee

Mar 17, 2019 | 07:22 PM



SATU laporan polis telah dibuat berhubung video yang merakamkan anak Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Encik Li Yipeng, dalam sebuah kereta privet.



Polis dalam kenyataannya hari ini (17 Mac) berkata Encik Li telah ditawarkan menaiki kereta itu yang dipandu seorang lelaki rakyat Singapura berusia 31 tahun.



Dalam video tersebut yang disebarkan dalam talian dan melalui WhatsApp, pemandu itu didengar berulang kali bertanya Encik Li soalan untuk mengesahkan butiran peribadinya.



Ini seperti identitinya, alamat kediaman dan aturan keselamatan buat dirinya.



Polis berkata video tersebut telah diambil tanpa pengetahuan atau kebenaran Encik Li.



“Polis sedang menyiasat perihal itu dengan bantuan pemandu itu kerana sifat soalan yang ditanya menimbulkan keprihatinan keselamatan yang serius disebabkan latar belakang Encik Li,” kata polis. 



Dalam pada itu, polis juga sedang menyiasat penyebaran gambar sebuah pos Facebook yang kononnya dibuat Encik Lee berkenaan insiden itu.



Gambar pos Facebook itu, yang disebarkan melalui WhatsApp, kononnya menunjukkan Encik Lee telah meminta pemandu yang menghantar anaknya itu untuk melaporkan diri di stesen polis berdekatan.



Polis mengesahkan pos Facebook  itu adalah palsu dan seorang lelaki berusia 39 tahun sedang membantu polis dalam siasatan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >