Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan polis dibuat terhadap iklan nasihat kewangan yang salah guna nama dan gambar Joseph Schooling

Oct 20, 2018 | 03:14 PM



IKLAN dalam talian telah menyalahgunakan gambar dan nama jaguh renang Singapura Joseph Schooling, menurut ejen dan pengurusnya Ronda Ng Doswell hari ini (20 Oktober). 



Iklan di Facebook yang mempunyai tajuk seperti “Schooling dedah strategi pintar kewangan” dan “Apa yang dilakukan Schooling dengan semua hartanya” dilihat dalam tangkapan skrin (screenshot) yang dihantar ke akhbar The Straits Times. 



Laporan polis telah dibuat dan mereka juga merancang untuk menghubungi Facebook, katanya. 



Dalam satu kenyataan semalam, The Schooling Company, yang memiliki hak terhadap jenama dan gambar perenang Olimpik berusia 23 tahun itu berkata bahawa iklan-iklan tersebut tidak disokong oleh Schooling.



“Beliau tidak pernah berbual dengan laman-laman ini atau ‘wartawannya’. Ini merupakan gambaran yang salah dan salah guna imej dan nama Joseph,” menurut kenyataan itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >