Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan polis difahamkan dibuat berhubung kes individu dakwa 'nabi', sebar ajaran sesat

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



SATU laporan polis telah dibuat berkenaan individu yang didakwa menyebar ajaran sesat dan mengaku dirinya 'nabi'.



Berita Harian difahamkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sudah membuat laporan polis itu, tetapi komen lanjut tidak dapat diberikan kerana kes sedang disiasat.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dijangka memberi perkembangan mengenai kes itu di Parlimen Isnin ini.



Dalam satu jawapan bertulis di Parlimen pada April lalu, Encik Masagos berkata Muis kali pertama menerima aduan tentang kes berkenaan pada 6 Oktober 2015. Waktu itu, Encik Masagos berkata, kes tersebut masih disiasat.



Menurut Encik Masagos, pegawai Muis telah menemui individu yang membuat aduan itu, bersama individu lain yang mempunyai maklumat mengenai kes itu, setelah menerima aduan pada 2015.



"Berdasarkan maklumat yang diberikan waktu itu, tiada bukti yang mencukupi untuk mengambil tindakan lanjut terhadap individu tersebut," kata Encik Masagos.



Beliau menyatakan demikian dalam satu jawapan bertulis semasa diminta pengesahan jika Muis telah menerima aduan tentang individu tersebut pada 2015, dan apa tindakan yang diambil waktu itu.



Kes itu mendapat perhatian pada November tahun lalu setelah timbul laporan mengenai seorang lelaki yang didakwa menyebar ajaran sesat.



Individu yang tidak diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) itu juga dikatakan mengaku dirinya 'nabi'.



Bekas tukang urut berusia 50-an tahun itu juga dilaporkan telah menjalani nikah batin bersama lima wanita.



April lalu, Encik Masagos berkata, Muis telah menyiasat perkara itu antara Oktober 2015 dengan Oktober 2017, berdasarkan maklumat tambahan yang disediakan oleh individu sama yang membuat aduan tersebut.



Perkara ini dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa pada November 2017.



Pada awal 2018, Jawatankuasa Fatwa mengundang individu yang relevan untuk diwawancara oleh Mufti dan beberapa anggota jawatankuasa tersebut.



Setelah siasatan lanjut, Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa beberapa kepercayaan keagamaan individu itu tidak berasaskan sumber dan tradisi keagamaan.



Oleh itu, Muis mengambil beberapa tindakan termasuk mengeluarkan surat kepada individu itu, yang mengarah beliau supaya segera menghentikan perkhidmatan rawatan yang disediakannya.



Individu itu juga diarah oleh Jawatankuasa Fatwa supaya berhenti menyebar idea dan amalan yang tidak diambil daripada sumber keagamaan yang boleh dipercayai, kepada orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >