Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Laporan polis ekoran iklan palsu kait CEO Grab

Oct 03, 2019 | 05:11 PM

FIRMA Grab telah membuat laporan polis ekoran siaran iklan dan artikel palsu berhubung pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Anthony Tan.

Salah satu daripada iklan itu, yang telah disebarkan di Facebook, menyatakan bahawa Encik Tan “telah mendedahkan wadah pelaburan yang membantu orang biasa menjadi kaya.” Ia membawa pembaca ke lelaman yang tiada kaitan dengan Grab.

Iklan palsu itu dimaklumkan kepada The Straits Times (ST) oleh seorang pembaca bulan lalu.

“Iklan dan artikel yang tersebar dalam talian baru-baru ini, yang menyatakan pengasas bersama dan CEO Encik Anthony Tan menyokong usaha ‘cryptocurrency’ dan skim cepat kaya. Itu semua palsu,” kata jurucakap Grab.

Grab berkata mereka telah membuat laporan polis dan menggesa orang ramai supaya merujuk ke saluran dan lelaman rasminya untuk berita tentang Grab.

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian