Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Laporan polis palsu diguna jual alat elektronik di Carousell

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



POLIS memberi amaran kepada orang ramai semalam tentang penipuan di wadah e-dagang melibatkan penjualan alat elektronik di Carousell.



Dalam kejadian itu, si penjual mendakwa menawarkan khidmat runcit yang disahkan oleh pemerintah.



Dia juga menunjukkan laporan polis palsu untuk menyokong dakwaannya itu, kata polis.



Dalam kes begini, si penjual akan meminta mangsa meneruskan urus niaga di luar wadah beli-belah di dalam talian itu dan berhubung menggunakan aplikasi Telegram.



Mangsa kemudian diarahkan membuat bayaran kepada nombor akaun bank yang diberi oleh penjual sebelum barangan yang dipesan dihantar kepada mereka.



Namun, mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu apabila mereka didakwa tidak menerima barangan itu dan si penjual pula tidak menjawab apabila dihubungi.



Polis mengingatkan orang ramai bahawa agensi pemerintah tidak menyokong pihak komersial dan laporan polis sedemikian adalah palsu.



Jika ragu-ragu, orang ramai harus mengesahkan ketulenan laporan polis dengan menghubungi balai polis yang relevan.



"Jika harganya tidak boleh dipercayai, kemungkinan ia memang tidak boleh dipercayai," ujar polis.



Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, orang ramai harus membeli daripada penjual atau sumber yang sah sahaja, khususnya bagi barangan yang bernilai tinggi.



Mereka juga dinasihatkan agar menjalankan urus niaga di wadah e-dagang utama yang sah serta menggunakan pilihan bayaran yang memberi bayaran kepada penjual hanya selepas barangan yang dipesan itu dihantar kepada pembeli.



Mereka juga harus mengesahkan profil penjual menerusi reviu dan rating pelanggan lain.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perbuatan jenayah sedemikian atau rasa ragu-ragu boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menerusi dalam talian.



Bagi maklumat lanjut tentang penipuan, orang ramai juga boleh melungsuri laman web scamalert.sg atau hubung talian anti penipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >