Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan rahsia berkaitan serangan siber SingHealth diserah kepada Menteri

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



SATU laporan rahsia yang memberi penerangan terperinci tentang perkara yang membawa kepada serangan siber ke atas pangkalan data pesakit SingHealth telah diserahkan kepada Menteri Bertanggungjawab Terhadap Keselamatan Siber, Encik S. Iswaran.



Laporan itu merumus dan menilai semua bukti yang dikumpul daripada 37 saksi sepanjang perbicaraan 22 hari, dan menawarkan saranan tentang cara melindungi pangkalan data besar bagi mengelak kejadian serupa, kata sektretariat Jawatankuasa Siasatan (COI) yang meneliti insiden itu.



Menurut laporan The Straits Times, dalam surat kepada Encik Iswaran semalam, COI itu berkata:



"Laporan ini mengandungi maklumat sensitif, dan disebabkan itu diklasifikasikan sebagai 'Rahsia Penting'."



Oleh itu, kandungannya tidak dikongsi dengan media atas sebab keselamatan nasional.



COI akan mengeluarkan versi lain kepada orang awam pada 10 Januari ini, kata jurucakap Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dalam satu kenyataan media.



Encik Iswaran dan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, dijangka memberi respons terhadap laporan itu di Parlimen bulan ini.



COI peringkat tinggi yang diketuai mantan Ketua Hakim Mahkamah Daerah Richard Magnus itu dilantik pada 24 Julai lalu.



Ia bertujuan mencari penjelasan tentang apa yang membawa kepada serangan siber ke atas kelompok kesihatan awam SingHealth, yang merupakan pencerobohan data terburuk Singapura.



Dalam ucapan penutupnya pada hari terakhir perbicaraan COI pada 30 November lalu, Encik Magnus berkata pertubuhan harus mengandaikan bahawa mereka sudah dilanda serangan siber, dan secara proaktif mengenal pasti dan mengurangkan pencerobohan.



Peguam Cara Negara, Encik Kwek Mean Luck, daripada Pejabat Peguam Negara (AGC), merumus dengan bercakap tentang pentingnya budaya pertubuhan.



Beliau menekankan bahawa pertahanan siber adalah tugas semua orang dan bukan hanya tugas jabatan teknologi maklumat (IT).



Encik Kwek juga menggariskan 16 saranan, termasuk memperbaiki kesedaran keselamatan siber kakitangan dan melakukan pemeriksaan yang dipertingkat.



Semasa perbicaraan COI, satu isu yang diteliti adalah bagaimana kakitangan di Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS), yang merupakan agensi IT pusat Singapura bagi sektor penjagaan kesihatan, bertindak terhadap kegiatan rangkaian yang mencurigakan.



COI mendengar bahawa penggodam telah kali pertama menceroboh rangkaian SingHealth pada Ogos 2017 selepas seorang pengguna daripada Hospital Besar Singapura (SGH) menjadi mangsa kepada satu serangan memancing data.



COI juga mendengar bahawa pengurus pertengahan keselamatan siber di IHiS, Encik Ernest Tan, diberitahu tentang kegiatan rangkaian mencurigakan seawal 13 Jun oleh pegawai bawahannya, jurutera sistem IHiS, Encik Benjamin Lee.



Namun Encik Tan tidak melaporkannya ke pengurusan lebih tinggi meskipun selepas Encik Lee berulang kali berkata bahawa rangkaian itu di bawah serangan.



Encik Tan berkata beliau tidak sedar teruknya insiden itu meskipun beliau diberitahu percubaan telah dibuat untuk mengakses 100,000 rekod pesakit.



Pencerobohan ke dalam sistem rekod perubatan elektronik SingHealth bermula pada 27 Jun namun cuma disedari pada 4 Julai dan dihentikan pada hari sama oleh anggota kakitangan rendah, pentadbir pangkalan data IHiS, Cik Katherine Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >