Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Laporan rahsia tentang serangan SingHealth diserahkan kepada Menteri Bertanggungjawab Terhadap Keselamatan Siber

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Laporan rahsia tentang serangan SingHealth diserahkan kepada Menteri Bertanggungjawab Terhadap Keselamatan Siber

Dec 31, 2018 | 02:44 PM

SEBUAH laporan rahsia yang memberi penerangan terperinci tentang perkara yang membawa kepada serangan siber ke atas pangkalan data pesakit SingHealth telah diserahkan kepada Menteri Bertanggungjawab Terhadap Keselamatan Siber, Encik S. Iswaran.

Laporan itu merumus dan menilai semua bukti yang dikumpul daripada 37 saksi sepanjang perbicaraan 22 hari, dan menawarkan saranan bagi cara melindungi pangkalan data besar bagi mengelakkan kejadian serupa, kata sektretariat Jawatankuasa Siasatan (COI) yang meneliti insiden itu.

Dalam surat kepada Encik Iswaran hari ini (31 Dis), COI itu berkata: “Laporan ini mengandungi maklumat sensitif, dan disebabkan itu diklasifikasikan sebagai ‘Rahsia Penting’.”

Oleh itu, kandungannya tidak dikongsi dengan media atas sebab keselamatan nasional.

COI akan mengeluarkan versi lain kepada orang awam pada 10 Januari, kata jurucakap Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dalam satu kenyataan media.

Encik Iswaran dan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, dijangka memberi respons terhadap laporan itu di Parlimen Januari ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3