Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan Reuters tentang protes di Sudut Pidato beri 'gambaran palsu': Polis

Mar 13, 2017 | 09:23 AM



PASUKAN Polis Singapura berkata pada Ahad (12 Mac) adalah "dikesali" sebuah laporan oleh agensi berita Reuters mengenai satu bantahan yang diadakan Sabtu lalu mengandungi "tuduhan tidak berasas", dan menyifatkan ia sebagai satu percubaan menyemarakkan kebimbangan mengenai penggunaan Sudut Pidato di Taman Hong Lim.



Agensi berita itu menerbitkan sebuah laporan Sabtu lepas mengenai bantahan atas kenaikan harga air yang akan dilaksanakan, yang dihadiri kira-kira 100 orang di kawasan bebas bersuara itu.



Sebaris ayat dalam laporan tersebut berbunyi: "Penganjur bantahan Sabtu itu berkata lebih ramai orang mungkin telah menghadirinya jika mereka tidak berasa takut mengenai tindakan keras polis."



Ia juga menyatakan bahawa pada 2014, enam orang "didakwa mewujudkan kacau ganggu awam semasa membantah terhadap sebuah skim simpanan cukai wajib".



Dalam satu kenyataan pada Ahad malam, polis menyangkal kedua-dua perkara itu, dan berkata adalah "dikesali" bahawa agensi berita itu menyiarkan laporan mengandungi "dakwaan tidak berasas oleh penganjur (bantahan itu)".



Laporan itu memberi "gambaran palsu dan mengelirukan" mengenai penggunaan Sudut Pidato di Singapura, katanya, sambil menarik perhatian permit polis tidak diperlukan untuk acara yang diadakan di kawasan bebas bersuara itu, selagi ia tidak menyebabkan permusuhan kaum atau agama, atau menimbulkan sembarang risiko undang-undang dan ketenteraman.



Banyak acara besar-besaran melibatkan beribu-ribu peserta telah diadakan di Sudut Pidato, kata polis.



Mengenai enam orang yang didakwa itu, polis berkata bantahan mereka mengganggu sebuah acara amal di lelapang di sebelah Sudut Pidato.



Mereka, termasuk pemblog Han Hui Hui, didakwa dan disabitkan dengan kesealahan kacau ganggu awam dengan niat bersama pada Oktober 2014.



"(Laporan Reuters) itu jelas satu percubaan menyemarakkan kebimbangan mengenai penggunaan Sudut Pidato dan menyemai rasa tidak percaya pada polis," kata polis dalam kenyataannya.



"Sebuah laporan lebih objektif akan menunjukkan Sudut Pidato telah, dan masih, menjadi ruang bagi rakyat Singapura mengambil bahagian secara bebas dan bertanggungjawab dalam ucapan dan demonstrasi awam."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >