Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM LEBARAN

Larang guna iPad agar anak beraya bersama keluarga di Melaka

Jun 28, 2017 | 05:30 AM



SUDAH menjadi lumrah keluarga Cik Nur Azizah Abdul Rahim berhari raya di kampung.



Keluarga pembantu pentadbiran berusia 29 tahun itu balik ke kampung emaknya di Telok Mas, Melaka, pada akhir minggu pertama Raya.



Dalam perjalanan pulang ke kampung, beliau akan membeli lemang daripada penjual tepi jalan kerana, menurutnya, lemang di gerai itu sangat lazat.



Emak Cik Azizah warga Malaysia, tetapi beliau sudah menetap di Singapura lebih 30 tahun.



Sepanjang tiga atau empat hari keluarganya di kampung, Cik Azizah, ibu dua anak berusia lima dan tujuh tahun, tidak membenarkan mereka bermain sebarang alat elektronik.



"Di Singapura, anak-anak memang sering bermain dengan iPad dan telefon bimbit.



"Apabila di kampung, saya tidak membenarkan mereka melakukan demikian, kerana saya ingin mereka berasa keriangan bermain bersama saudara-mara dan jiran tetangga," kata beliau.



Malah, anak Cik Azizah seronok bermain bunga api dan berlari-lari di halaman rumah.



Sambil kanak-kanak bersuka-ria, orang dewasa sibuk menyiapkan jamuan Hari Raya bersama.



"Riuh-rendah suasana di pondok belakang rumah. Mak cik, pak cik, adik saudara, anak saudara, daripada yang muda hingga ke tua, semua bergotong-royong menyiapkan santapan lebaran seperti ketupat dan rendang. Mungkin lebih 10 orang di pondok itu!" kata Cik Azizah sambil tergelak.



Selain itu, keluarga beliau akan mengunjungi saudara-mara lain di Melaka.



Beliau menganggap Hari Raya sebagai peluang keemasan bagi keluarga berkumpul dan bertanya khabar antara satu sama lain.



"Sudah tentu saya suka sambutan Aidilfitri di kampung. Di kampung, saya dapat rasa sendiri pengalaman sebagai pemilik ladang ayam. Saya boleh juga menanam sayur dan buah-buahan.



"Suasana beraya di kampung sangat santai. Saudara-mara saya warga Malaysia akan bertanya khabar tentang keadaan kami di Singapura.



"Bahkan, mereka sangat tertarik pada ikon 'durian' Singapura, iaitu Esplanade," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >