Larangan ambil nombor NRIC, buat salinan mulai 1 Sept 2019

MULAI 1 September tahun depan, pertubuhan atau syarikat dilarang mengumpul, menggunakan atau mendedahkan nombor kad pengenalan (NRIC) atau membuat salinan kad pengenalan, di bawah peraturan lebih ketat yang dikenakan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi.

Sebelum ini, tempat-tempat seperti pusat beli-belah telah memperolehi dan mengumpul nombor NRIC semasa mendaftarkan pelanggan bagi cabutan bertuah dan keanggotaan ataupun bagi membuat penebusan bagi meletak kereta.

Dengan peraturan yang diperketatkan, ini bermakna mereka tidak lagi dibenarkan berbuat demikian, menurut laporan The Straits Times.

Pihak-pihak yang mengumpul nombor NRIC, turut digalak membuat penilaian jika mereka perlu menyimpan nombor itu dan disarankan agar menghapuskannya dengan bertanggungjawab dan mematuhi kaedah penghapusan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), menjelang tahun depan.

Mereka yang memutuskan untuk menyimpan nombor-nombor itu, harus memastikan adanya perlindungan secukupnya.

Mereka juga boleh memilih untuk merahsiakan nombor NRIC itu.

Ini selepas peraturan dipertingkatkan bagi kegiatan pengumpulan sedemikian di bawah PDPA, yang berkuat kuasa pada Julai 2014.
 

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.