Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Larangan lawat wad hospital, rumah jagaan dilanjut hingga 3 Apr

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



LAWATAN secara fizikal ke semua wad hospital dan rumah jagaan akan terus digantung hingga 3 April.



Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan lawatan secara fizikal ke hospital dan rumah jagaan tidak dibenarkan hingga 20 Mac.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, MOH berkata kemas kini tarikh penggantungan lawatan secara fizikal itu dilakukan kerana pekerja penjagaan kesihatan masih di bawah tekanan amat besar walaupun jumlah kes Covid-19 berkurangan secara perlahan.



"Oleh itu, untuk meringankan beban ke atas kakitangan hospital dan rumah jagaan kami yang sedang menjaga pesakit Covid-19 positif, lawatan secara fizikal ke wad hospital dan rumah jagaan akan terus digantung hingga 3 April 2022," kata MOH.



Bagaimanapun, hospital dan rumah jagaan mempunyai budi bicara untuk membenarkan lawatan bagi kes luar biasa, misalnya jika pesakit berada dalam keadaan kritikal atau bagi ibu yang hendak melahirkan.



Namun, lawatan sedemikian masih tertakluk pada langkah pengurusan pelawat sedia ada.



Menjelaskan, MOH berkata hanya seorang pelawat berdaftar dibenarkan bagi pesakit sedemikian, walaupun mereka yang berada dalam keadaan kritikal mungkin diberi peluang mempunyai hingga lima pelawat berdaftar, dengan dua pelawat berada bersama pesakit pada satu-satu masa.



Semua pelawat mesti memakai pelitup setiap masa dan tidak boleh makan atau minum di wad pesakit.



Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan tandas pesakit di wad atau duduk di atas katil pesakit.



MOH turut memberi jaminan bahawa hospital dan rumah jagaan akan terus menyokong kaedah komunikasi alternatif seperti melalui panggilan telefon atau video untuk membantu pesakit dan orang tersayang mereka kekal berhubung.



"Kami mengalu-alukan pemahaman dan kerjasama pesakit dan anggota keluarga serta orang tersayang mereka.



"MOH akan terus menyemak dan menyesuaikan langkah-langkah ini dengan perubahan keadaan," tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >