Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Larangan merokok diperluas

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai akan dilarang merokok di lebih banyak tempat, termasuk semua baki taman dan kebun awam, tapak perairan Aktif, Cantik, Bersih (ABC), dan 10 pantai mulai 1 Julai ini, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Dr Khor berkata tempoh penasihat selama tiga bulan akan dilaksanakan sebelum penguatkuasaan dimulakan pada 1 Oktober ini.



Selain taman kejiranan di estet perumahan awam dan privet di mana kegiatan merokok sudah pun dilarang, orang awam akan dilarang merokok di taman daerah dan bandar seperti Taman East Coast dan Taman Fort Canning, dan semua Penghubung Taman.



Kegiatan merokok juga akan dilarang di 10 pantai riadah, termasuk tiga pantai di pulau Sentosa.



"Dengan lanjutan ini, rakyat Singapura boleh menikmati tapak rekreasi berkongsi ini tanpa terdedah kepada asap tembakau dari orang lain," kata Dr Khor semasa perbahasan kementeriannya di Parlimen semalam.



Beliau menambah bahawa tiada rancangan pada masa ini untuk menubuhkan Zon Tidak Boleh Rokok tambahan, dengan pemerintah akan menyemak keperluan melanjutkan lagi larangan merokok dari masa ke masa.



Mengenai kegiatan merokok di rumah pula, Dr Khor berkata perundangan bukanlah penawar untuk mengekang asap tembakau dari orang lain di rumah, dan terdapat keprihatinan privasi dan juga batasan teknologi untuk mengumpulkan bukti yang diperlukan bagi penguatkuasaan.



Sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh langkah kesihatan awam, Dr Khor turut berkata rejim sanitasi persekitaran akan dilaksanakan di lagi 2,700 premis tahun ini.



Ini termasuk premis yang mudah diakses orang awam seperti pusat beli-belah besar dan juga institusi pendidikan swasta.



Rejim itu memastikan premis dibersihkan dan dinyahjangkit dengan betul secara kerap.



Sementara itu, usaha pemantauan air buangan pula telah diperluaskan daripada lapan tapak pada Mei 2020 kepada 440 tapak sejak bulan lalu. Ini termasuk 150 tapak di kawasan kediaman dan pusat bandar.



Dr Khor berkata kapasiti ujian makmal juga telah diperluaskan daripada 2,500 sampel yang diuji setiap minggu pada Julai tahun lalu kepada 4,000 sampel kini.



"Sedang Singapura beralih kepada Covid endemik, tumpuan ujian air buangan telah beralih daripada pengesanan kes awal kepada menyediakan kesedaran situasi.



"Data yang dikumpul memberi amaran kepada agensi pemerintah dan pemilik atau pengendali premis tentang situasi, yang membolehkan mereka menyesuaikan langkah kesihatan awam," kata beliau.



Dr Khor menambah penyelidikan dan pengembangan lanjut akan membolehkan sistem pemantauan air buangan itu digunakan untuk memantau ancaman penyakit berjangkit lain pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >