Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Larangan umrah bagi warga asing: Kerajaan Saudi usaha bantu jemaah S'pura yang terjejas, kata Duta Saudi ke S'pura

Feb 28, 2020 | 06:32 PM



USAHA sedang dijalankan bagi membantu jemaah umrah Singapura, serta pengunjung lain ke Arab Saudi, yang terjejas oleh penggantungan kemasukan ke negara itu.


Dalam satu kenyataan pada Jumaat (28 Februari),  Kedutaan di-Raja Arab Saudi Singapura berkata ia sedang bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkaitan isu tersebut.


Menurut kenyataan itu, keputusan menggantung visa umrah dan pelancong itu dibuat bagi melindungi jemaah dan pengunjung ke Makkah dan Madinah daripada risiko penyebaran Covid-19.


Ia berkata kerajaan itu telah mengambil keputusan serupa pada masa lalu bagi melarang jemaah haji dan umrah dari beberapa negara ekoran penularan wabak seperti Ebola bagi melindungi kesihatan jemaah dan pengunjung ke Makkah dan Madinah.


Ia mengesahkan bahawa larangan itu hanyalah sementara dan akan terus disemak sehingga ancaman itu berakhir dan keadaan kembali normal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >