Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Larkin pula 'sepi', rindu tetamu SG

Perniagaan dijangka lebih baik setelah Singapura umum pengunjung ulang-alik SG-M'sia boleh naiki bas awam dan teksi rentas sempadan mulai 1 Mei
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



SEDANG banyak perniagaan di Johor Bahru kembali pulih sejak sempadan darat dibuka 1 April lalu, perniagaan di sekitar Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral pula masih 'sepi'.



Tinjauan Berita Harian (BH) ke lokasi tersebut mendapati hampir 60 peratus kedai di tingkat dua ditutup.



Bercakap tentang keadaan demikian, pemilik kedai kosmetik Cahaya Nur Trading, Sharifah Fadzilah Syed Abdullah, berkata ramai perniagaan di situ bergantung dengan pembelian daripada pengunjung dari Singapura.



"Saya rugi lebih 80 peratus sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.



"Memang sasaran perniagaan di sini kebanyakannya pengunjung dari Singapura. Sejak sempadan ditutup, ia teruk menjejas ramai perniagaan di sini sehingga ada yang terpaksa tutup kerana tidak mampu membayar sewa mereka," katanya yang telah berniaga di situ menjual barang-barang kesihatan dan suplemen lebih 14 tahun.



Sebelum pandemik Covid-19, Larkin Sentral salah satu tempat yang sering dikunjungi pengunjung dari Singapura kerana ia menjadi lokasi transit sebelum mereka meneruskan perjalanan ke lokasi pilihan selepas keluar dari Tambak Johor.



Bagi pemilik kedai baju Jaemach Trading, Encik Chemat Zakaria, beliau berkata perniagaan di situ tidak meriah seperti dahulu jika tiada bas dari Singapura masuk ke lokasi transit itu.



"Sejak sempadan darat dibuka, kebanyakan yang masuk mempunyai kenderaan sendiri ataupun warga Malaysia yang kerja di sana. Mereka tidak akan ke sini untuk berbelanja.



"Namun, sebagai peniaga, kami harus kekal positif dan percaya pihak pemerintah akan buat yang terbaik untuk membantu keadaan di sini," ujar lelaki 68 tahun itu yang telah membuat perniagaan di tempat tersebut lebih 25 tahun.



Peniaga pakaian dan tukang jahit, Cik Faridah Ismail, 58 tahun, pula berkata beliau amat merindui pelanggan Singapura.



Beliau berkata tempahan baju pelanggan Singapura dari sejak sebelum PKP masih 'segar' di kedainya.



"Tempahan sebelum ini belum sempat diambil pelanggan Singapura sejak 2020. Kami masih menghubugi mereka dan memberitahu bahawa mereka boleh mengambilnya jika sempadan darat dibuka.



"Tetapi sayang juga, ada daripada mereka tidak dapat tempahan mereka kerana banyak kedai yang terjejas terpaksa tutup," ujar beliau yang memberitahu bahawa terdapat seorang pelanggan yang kembali ke situ untuk ambil tempahannya sejak sempadan darat dibuka.



Dalam pada itu, perniagaan di situ dijangka menjadi lebih baik setelah pemerintah Singapura mengumumumkan bahawa pengembara ulang-alik Singapura-Malaysia kini boleh menaiki bas awam dan teksi rentas sempadan mulai 1 Mei.



Ini setelah perkhidmatan itu dihentikan sejak Mac 2020



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata minggu lalu SBS Transit akan mengembalikan perkhidmatan bas 160, 170 dan 170X.



Bas SMRT juga akan memulakan semula perkhidmatan 950 rentas sempadannya, dan pengendali bas Singapura Transtar Travel menyambung perkhidmatan TS1, TS3, TS6 dan TS8nya.



LTA berkata ia turut bekerjasama rapat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia bagi mengembalikan perkhidmatan teksi rentas sempadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >