Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANTIKAN LEMBAGA PENGIKTIRAFAN ASATIZAH

Latar belakang pemohon ARS akan diteliti

Feb 25, 2020 | 05:30 AM



BERMULA tahun ini, latar belakang setiap pemohon Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) akan diteliti bagi memastikan pemohon tidak terlibat dengan sebarang salah laku sebelum permohonan mereka dapat diluluskan.



Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) Ustaz Ali Mohamad juga mengumumkan, guru al-Quran yang mahu mengekalkan pengiktirafan perlu mencatatkan lebih banyak masa menimba ilmu atau mempertingkat kemahiran.



Guru al-Quran kini perlu memenuhi 15 jam kredit Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) dalam tempoh pengiktirafan selama tiga tahun. Sebelum ini mereka hanya perlu kumpul 10 jam kredit.



Demikian antara perubahan yang bakal dilaksana di bawah ARS mulai tahun ini.



Mengumumkan demikian semasa berucap di majlis menjunjung budi anggota ARB di Masjid Yusof Ishak semalam, Ustaz Ali berkata dasar tersebut akan diperkenalkan secara bertahap sepanjang tempoh tiga tahun pengiktirafan ARS yang baru, bermula tahun ini hingga 2022.



"Semoga dengan perubahan dasar ARS yang baru diperkenalkan ini dapat memperkukuh serta mempertingkatkan lagi Institusi Asatizah di Singapura.



"Saya dan teman-teman di ARB akan berusaha gigih untuk terus membangunkan asatizah dalam meningkatkan keilmuan mereka dan membina budaya dan tamadun ilmu yang boleh dibanggakan diperingkat antarabangsa," katanya.



Di majlis semalam, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, telah mengumumkan pelantikan anggota ARB bagi tempoh 2020 hingga 2022.



Dalam ucapannya Dr Maliki berkata:



"ARB selaku pemimpin para asatizah dan masyarakat Islam Singapura terus berjasa dan berjuang bagi kesejahteraan masyarakat dan negara kita. Kita sentiasa berharap agar para asatizah kita akan terus memegang obor kemajuan dan kepimpinan, dan menjadi inspirasi kepada masyarakat."



Turut diumumkan semalam ialah keinginan ARS memperkenalkan Program Sijil Pasca Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



PCICS menurut Ustaz Ali merupakan program wajib bagi pemohon ARS yang layak untuk kategori guru Agama (Graduan).



Satu lagi perubahan yang akan dilaksana ialah memansuhkan kategori Bersekutu dan QT3 (Guru al-Quran 3) mulai tahun ini.



"Rasional pemansuhan kedua-dua kategori tersebut ialah agar mereka yang berada dalam kategori tersebut dapat mempertingkatkan keupayaan dari segi pencapaian akademik dan keilmuan dengan lebih tinggi bagi menghadapi situasi masa kini dan masa depan yang lebih mencabar dan kompleks," kata Ustaz Ali.



Perubahan tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2020 namun mereka yang sudah diiktiraf di bawah kedua-dua kategori tersebut tidak terjejas dengan perubahan dasar baru ini.



Ustaz Ali menambah ARS juga akan melaksanakan Program Penerimaan Semula Asatizah.



Asatizah atau guru Al-Quran yang pengiktirafan ARS mereka telah digantung atau dibatalkan atas sebab-sebab pelanggaran kod etika boleh dipertimbangkan untuk diterima semula ke dalam sistem ARS. Ini agar mereka layak diberi pengiktirafan supaya dapat mengajar semula kelas atau kuliah.



Namun mereka perlu menamatkan Program Penerimaan Semula Asatizah.



Ustaz Ali berkata program itu bertujuan memberi peluang kedua agar mereka yang terjejas dapat berkhidmat semula kepada masyarakat.



Dalam ucapannya Ustaz Ali turut merumuskan beberapa pencapaian ARS misalnya, bilangan permohonan asatizah dan guru al-Quran yang diluluskan telah meningkat.



Seramai 4,832 pemohon kini telah diluluskan berbanding 2,464 orang yang diiktiraf pada awal tahun ARS mandatori diperkenalkan.




SENARAI ANGGOTA ARB



Bagi tempoh 2020 hingga 2022



Pengerusi

Ustaz Ali Mohamad



Naib Pengerusi

Ustaz Pasuni Maulan



Anggota

• Ustaz Mohamad Hasbi Hassan

• Ustaz Sallim Jasman

• Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan

• Ustaz Mohd Kamal Mokhtar

• Ustazah Sukarti Asmoin

• Ustazah Harinah Abdul Latif

• Ustaz Mohamed Qusairy Thaha

• Ustaz Mokson Mahori

• Ustaz Ziyaudeen Ahmed Sirajuddeen

• Ustaz Irwan Hadi Shuhaimy




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >