Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latar beza, misi sama - bantu pesalah dan keluarga rentan

Feb 01, 2021 | 05:30 AM



DUA anak muda ini datang daripada latar belakang berbeza.



Namun, Encik Ismail Shogo, lulusan baru sains politik dari Universiti Nasional Singapura (NUS), dan Ustazah Maria Mohamed Siddique berkongsi satu misi - mahu mendampingi golongan pesalah dan bekas pesalah serta membantu keluarga rentan.



Mereka melakukan kerja murni itu dengan menjadi relawan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), yang dilancarkan pada 2019 dan menyediakan khidmat sokongan dipertingkat bagi pesalah Melayu/Islam dan keluarga mereka.



Pusat itu usaha bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), masjid, Kementerian Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), rakan kerja M Kuasa Tiga (M3).



Encik Ismail, 25 tahun, yang berkelulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian tertinggi dalam Sains Sosial dalam Sains Politik, menyertai Fitrah sebagai pendamping masyarakat pada Mei 2019.



Minat menjadi relawan Fitrah tercetus ketika beliau mengikuti satu modul di sekolah mengenai sistem keadilan dan hukuman jenayah.



"Tetapi, bahan rujukan di sekolah lebih tertumpu pada sistem di Amerika Syarikat. Oleh itu, motivasi awal saya sebenarnya ialah hendak memahami sistem keadilan yang kita ada di Singapura sebab tidak banyak ditulis dan diterbitkan," ujar Encik Ismail, yang mendapat tahu tentang Fitrah menerusi iklan di Facebook.



Sekarang, Encik Ismail menjadi jurulatih bersama Projek Masyarakat Reben Kuning untuk melatih relawan baru.



Mengongsi harapan beliau, Encik Ismail berkata beliau mahu Singapura menjadi lebih inklusif bagi bekas pesalah dan keluarga mereka.



"Dan sebahagiannya berkait dengan cara kita melayan banduan dan bekas pesalah, malah cara kita mendekati jenayah secara amnya.



"Dan itulah sebabnya saya kekal bersama Fitrah," ujarnya.



Sependapat, Ustazah Maria, 29 tahun, berkata beliu jug ingin mengubah pemikiran masyarakat terhadap bekas pesalah.



Pendamping masyarakat dan kaunselor agama aktif sejak awal 2019, Ustazah Maria berkata beliau meneruskan pelibatannya bersama Fitrah kerana percaya asatizah mempunyai tanggungjawab membentuk pandangan masyarakat terhadap bekas pesalah.



"Kami sebagai asatizah perlu tukar pemikiran itu kepada yang positif supaya kita dapat kurangkan kadar jenayah di Singapura, termasuk dalam masyarakat Melayu/Islam. Itulah sebabnya saya kekal dalam Fitrah.



"Kerana kalau tidak kita, siapa lagi?" ujarnya.



Encik Ismail dan Ustazah Maria antara relawan yang menyertai sesi latihan relawan pertama anjuran Fitrah bagi tahun ini, kelmarin.



Pusat itu menyaksikan kenaikan jumlah relawan baru, dengan penyertaan 105 pendamping masyarakat dan kaunselor agama antara Mei dengan Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >