Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan antipengganasan di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi pada 17 Okt

Oct 15, 2017 | 07:03 PM



SEKIRANGNYA anda mendengar bunyi tembakan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada pagi  Selasa (17 Oktober), jangan cemas.



Ia merupakan sebahagian daripada latihan antipengganasan melibatkan pelbagai agensi yang akan diadakan di sana antara 1 pagi dengan 3 pagi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Ahad (15 Okt).



Ia akan melibatkan SPF, Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Penguasa Penerbangan Awam Singapura, Angkatan Bersenjata Singapura, Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Kementerian Kesihatan dan agensi lain.



"Semasa latihan itu, peluru kosong dan piroteknik akan digunakan di pelbagai lokasi di terminal. Ahli-ahli orang awam dinasihatkan supaya tidak cemas," kata SPF.



SPF menambah bahawa ppan tanda "Latihan sedang berlangsung" akan dipaparkan dengan jelas, dan kawasan itu ditanda dengan kepungan tali.



"Pengumuman juga akan dibuat melalui sistem pemberitahuan awam terminal itu sebelum latihan bermula."



Latihan itu, sebahagian daripada usaha mempersiapkan tindak balas pelbagai agensi terhadap kemungkinan serangan pengganas di sini, akan membolehkan SPF meningkatkan penyelarasannya dengan agensi lain dan pihak berkepentingan dalam sektor penerbangan.



Walaupun agensi bekerja rapat untuk mencegah, menghalang dan bertindak balas terhadap sebarang serangan, "pengawasan dan kesediaan yang berterusan di pihak masyarakat adalah penting kerana mereka juga memainkan peranan penting" sebagai usaha tindak balas.



Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke talian hotline polis di 1800-255-0000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >