Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan artileri Sekolah Kadet Pakar buat anggota NS tertarik pada cabang matematik

NS
Feb 22, 2022 | 05:30 AM



SEMASA bersekolah, Encik Muhammad Zulqarnain Kamsani terkial-kial dalam bidang akademik, terutama dalam mata pelajaran Matematik.



Namun, peluang yang diberikan kepada anggota Perkhidmatan Negara (NS) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini semasa menjalani latihan sebagai spesiaslis artileri di Sekolah Kadet Pakar (SCS) membuat beliau bak 'terpukau' oleh subjek trigonometri, cabang matematik yang mengkaji hubungan antara panjang sisi dan sudut segi tiga.



Sarjan Ketiga (3SG) Zulqarnain, 21 tahun, antara 1,035 kadet yang berjaya menamatkan latihan SCS baru-baru ini.



Kumpulan itu merangkumi 74 anggota daripada Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), 14 anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), 68 anggota Pasukan Perintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan (C4I), dan 879 anggota Angkatan Tentera Singapura.



Bagi mengiktiraf kejayaan penting dalam perjalanan mereka sebagai pakar ketenteraan SAF baru itu, para kadet itu diberi bayonet dalam upacara tamat latihan berskala kecil yang dianjurkan di peringkat Formasi dari 11 hingga 17 Februari lalu.



Namun, latihan di SCS di Kem Pasir Laba itu bukannya sesuatu yang mudah baginya, ujar 3SG Zulqarnain, yang menambah bahawa beliau "hampir pecah kepala" cuba menyelesaikan tugasan semasa latihan.



"Apabila membuat beberapa kiraan, ia membuat saya benar-benar keliru dan tertekan," kata beliau.



Dengan azam kuat dan sokongan rakan-rakan, 3SG Zulqarnain cukup tertarik untuk mendapatkan set kemahiran bagi mengendalikan sebuah artileri yang dipelajarinya.



"Ada masanya kami betul dalam menjalankan tugasan dan ada masanya salah, jadi kami akan belajar daripada satu sama lain.



"Memahami beberapa formula memang mengambil masa sedikit, tetapi kami terus berusaha dan mencuba.



"Akhirnya, kami berjaya dan lulus ujian kami," kata beliau, sambil tersenyum.



Bagi 3SG Zulqarnain, mengendalikan artileri semasa latihan tembakan berpeluru hidup menjadi kenangan indah semasa menjalani kursus SCS sepanjang 22 minggu itu.



Apabila mortar yang ditembak jatuh ke dalam tempat sasaran, ia membawa satu kepuasan, ujarnya.



"Saya bangga kerana saya menjadi komander detasmen bagi empat atau lima misi.



"Dan pada setiap kali, saya mencapai sasaran. Mortar itu jatuh di tempat yang diinginkan pegawai kami, dan saya sangat gembira tentang itu," kata 3SG Zulqarnain.



Kini, belaiu ingin menggunakan apa yang dipelajari untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa selepas tamat NS.



Semasa berucap di upacara itu menerusi satu mesej video yang dirakam, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan), Encik Chee Hong Tat, memuji SAF kerana mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi dan menjalankan operasi kritikal secara berkesan, seperti pertahanan pulau, perlindungan pemasangan utama, keselamatan maritim, pertahanan udara dan menentang keganasan, sambil menyokong usaha negara ini dalam memerangi pandemik Covid-19.



"SAF bersedia apabila dipanggil untuk bertugas, tanpa menjejaskan tugas utama memastikan Singapura selamat dan terjamin… Kursus latihan, termasuk di Sekolah Kadet Pakar, disesuaikan dengan langkah berjaga-jaga kesihatan dan keselamatan yang diperlukan untuk memastikan kesejahteraan anggota tentera lelaki dan wanita kita," ujar Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >