Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan bekerja ketika belajar bantu pilih kerjaya

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



Satu semakan yang bertujuan mengkaji bagaimana untuk menyokong pelbagai keperluan dan aspirasi pelajar serta lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah mendapatkan pandangan daripada lebih 2,000 pihak berkepentingan. Mereka yang termasuk  pelajar, alumni, ibu bapa, pendidik dan majikan itu menyumbang pendapat kepada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali  yang dipengerusikan Menteri Kedua Pendidikan, Dr. Mohamad Maliki Osman, menerusi pelbagai sesi perbincangan fizikal dan dalam  talian. Semalam, Dr Maliki mengumumkan enam saranan yang telah dikemukakan hasil semakan tersebut. BERITA HARIAN melaporkan  reaksi beberapa pihak berkepentingan terhadap saranan yang dikemukakan itu.



JIKA diberikan peluang melakukan latihan bekerja ketika belajar lebih awal dalam perjalanan pendidikannya di politeknik, Cik Putri Nur Ariani Abdul Aziz pasti akan mengambil peluang itu.



Alumni Politeknik Nanyang (NYP) itu berkata kepada Berita Harian (BH) bahawa beliau melakukan latihan bekerja sambil belajar pada tahun ketiga, iaitu tahun terakhir beliau di NYP.



Buat masa ini, para pelajar politeknik perlu menjalani latihan bekerja ketika belajar pada tahun ketiga mereka.



Namun, dengan cadangan baharu, mereka mungkin berpeluang mendapat lebih banyak pendedahan industri lebih awal termasuk melalui job shadowing (pelajar dipadankan dengan seorang profesional) atau peluang pekerjaan jangka pendek sebelum tahun ketiga atau semasa cuti sekolah.



"Saya rasa kalau saya masih pelajar apabila cadangan ini menjadi kenyataan, saya akan mengambil peluang itu kerana saya mahu sangat mendedahkan diri kepada industri terlebih dahulu agar saya tahu sama ada ia merupakan industri yang betul-betul ingin saya ceburi," kata Cik Putri, 22 tahun.



Beliau merupakan antara lebih 2,000 individu yang telah didekati untuk mengumpul maklum balas tentang cara menyokong aspirasi dan keperluan pelbagai pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Selain menyediakan peluang pekerjaan lebih awal, cadangan lain termasuk memberi lebih fleksibiliti kepada pelajar politeknik untuk memanjangkan tempoh pendidikan politeknik mereka melebihi tiga tahun.



Mengalu-alukan cadangan itu, Cik Putri berkata ia akan memanfaatkan ramai pelajar yang mungkin agak lemah dalam akademik.



"Sesetengah kawan saya mendapati agak susah menyesuaikan diri kepada cara pengajaran dan pembelajaran di politeknik apabila mereka baru habis sekolah menengah...kerana (di politeknik) kurang bimbingan.



"Jadi saya rasa cadangan ini akan sangat membantu kerana dengan kurangnya bimbingan, kami perlu 'berjuang' lebih dan kalau ada lebih panjang tahun (untuk selesai politeknik), mereka boleh membahagikan beban kerja," katanya.



Menurut beliau juga, dengan lebih ramai pelajar kini berdepan dengan cabaran isu kesihatan mental, memberi mereka pilihan yang lebih luas dan fleksibel pastinya dapat membantu.



"Lain orang datang dari latar belakang lain-lain, ada pelajar yang menghadapi pelbagai tekanan sama ada di rumah, dari segi kewangan... jadi saya rasa pilihan ini akan membantu mereka," kata Cik Putri.



Tambahnya, pilihan 'meringankan' beban ini dengan memberikan peluang pelajar menghabiskan pendidikan politeknik juga mungkin membantu mereka menghargai dengan lebih mendalam setiap modul yang diambil kerana mereka tidak lagi perlu "belajar setakat untuk menghabiskan modul".



"Kita akan dapat membentuk pengalaman yang lebih berharga bagi pelajar sebegini kerana mereka tidak belajar hanya setakat untuk belajar," ujar beliau.




“Saya rasa kalau saya masih pelajar apabila cadangan ini menjadi kenyataan, saya akan mengambil peluang itu kerana saya mahu sangat mendedahkan diri kepada industri terlebih dahulu agar saya tahu sama ada ia merupakan industri yang betul-betul ingin saya ceburi.’’ 
- Cik Putri Nur Ariani Abdul Aziz.




Infografik: SARANAN SEMAKAN PELUANG DAN LALUAN DALAM PENDIDIKAN AMALI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >