Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan bersama atasi tumpahan bahan kimia di Link Kedua

Sep 25, 2019 | 04:23 PM



PEMANDU kereta dan penunggang motosikal yang menggunakan Link Kedua di Tuas pada pagi Rabu (25 September) terpaksa memberi laluan kepada pasukan penyelamat yang mengawal ‘tumpahan kimia’ di kawasan tersebut.



Keadaan itu adalah sebahagian daripada program kerjasama dua hala antara Singapura dengan Malaysia, di bawah Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar.



Ia adalah latihan ke-12 yang dijalankan sejak 2000, demi menguji keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan yang dibangunkan bersama oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura dan Jabatan Sekitaran Malaysia (DOE).



Sebanyak 11 agensi dan 150 kakitangan dari Singapura dan Malaysia terlibat dalam latihan sejam itu.



Ketua Pegawai Eksekutif NEA, Encik Tan Meng Dui, menegaskan peri pentingnya latihan seperti itu sambil berkata: "Kejayaan kolaborasi ini menekankan komitmen agensi dari kedua-dua negara untuk memastikan adanya tindakan segera lagi berkesan apabila terjadi sebarang kejadian tumpahan kimia di Link Kedua di Tuas.



“Ia juga meningkatkan persefahaman sesama negara dalam menangani insiden yang mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar."



Setiap tahun, sekitar 160,000 tan bahan kimia merbahaya diangkut antara Malaysia dengan Singapura melalui Link Kedua di Tuas. Setakat ini, belum pernah terjadi tumpahan kimia di kawasan itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >