Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan cegah pengganasan di Lapangan Terbang Changi Terminal 3 pada 17 Oktober

Oct 16, 2017 | 10:01 AM



USAH gusar  jika mendengar bunyi tembakan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada dinihari Selasa (17 Oktober).



Ia sebahagian latihan cegah pengganasan berbilang agensi yang akan diadakan di sana antara 1 pagi hingga 3 pagi, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan Ahad (15 Oktober).



Latihan itu melibatkan SPF, Changi Airport Group, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) Kementerian Kesihatan dan agensi lain.



Peluru kosong dan bahan api (pyrotechnics) akan digunakan di beberapa tempat di terminal. Anggota awam dinasihatkan supaya jangan cemas," kata SPF.



SPF berkata papan tanda 'Latihan-Sedang-Berlangsung' akan ditayangkan dengan jelas, sementara kawasan latihan akan dikepung.



"Pengumuman akan dibuat menerusi sistem pengumuman awam, sebelum latihan bermula," kata SPF.



 Latihan ini adalah sebahagian usaha bagi mempersiapkan respons berbilang agensi kepada serangan pengganas jika ia berlaku di sini. Ia bertujuan membenarkan SPF mempertingkat kerjasama dengan agensi dan pihak berkepentingan lain dalam sektor penerbangan.



Menurut SPF, walau agensi bekerjasama rapat untuk mencegah, mengesan dan memberi respons kepada sebarang serangan, 'kewaspadaan berterusan dan sikap bersedia dalam kalangan masyarakat juga adalah penting kerana mereka memain peranan utama' dalam usaha memberi respons.



Keterangan lanjut mengenai latihan ini boleh diperolehi dengan menelefon SPF di 1800-255-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >