Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan dalam kem bagi NSmen, IPPT digantung

May 19, 2021 | 05:30 AM



LATIHAN dalam kem untuk anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) telah ditangguh dan Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) serta latihan kecergasan untuk mereka telah digantung hingga 13 Jun, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Langkah-langkah itu bertujuan menjaga kesihatan dan kesejahteraan anggota perkhidmatan negara, dan mengekalkan kesiapan operasi di tengah-tengah pendemik Covid-19 yang berubah-ubah, tambahnya dalam satu kenyataan.



Pengumuman itu dibuat setelah sekatan aktiviti yang lebih ketat dilaksanakan selama sebulan sejak Ahad lalu, termasuk larangan makan luar dan had saiz kumpulan sosial kepada dua orang, setelah kes Covid-19 dalam masyarakat meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan.



Hanya latihan dalam kem yang dianggap penting untuk operasi akan diteruskan, kata Mindef.



Pusat Latihan Kecergasan Jasmani (FCC) akan ditutup dan pelaksanaan IPPT dan Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) NS di FCC, gim Safra dan lokasi awam telah digantung.



Acara berskala besar akan dibatalkan, ditangguhkan atau dijalankan dalam saiz lebih kecil, tambah Mindef.



Tetapi kegiatan penting untuk pembangunan unit operasi akan diteruskan dengan langkah pengurusan selamat ketat dilaksanakan, katanya.



Kementerian itu berkata program vaksinasi untuk anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menunjukkan kemajuan mantap, dengan kebanyakan pasukan aktif dijangka akan divaksin menjelang pertengahan tahun ini.



"Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, SAF juga telah memperkenalkan ujian swab untuk anggota perkhidmatan negara yang mula berkhidmat pada Mei, serta jurulatih mereka, untuk memastikan Latihan Ketenteraan Asas dapat dijalankan dengan selamat. Langkah-langkah ini akan diteruskan," kata Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >