Latihan di luar negeri perkukuh keyakinan siswa kelautan NTU
May 24, 2016 | 05:30 AM
MENCEBURKAN diri dalam pengajian kelautan meskipun tiada pengalaman dalam bidang tersebut.
Setakat berbekalkan minat dan kajian serta pembacaan yang dilakukan sendiri, lulusan Maktab Rendah Temasek (TJC), Encik Taufiq Azahari, melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan mengikuti Pengajian Kelautan.