Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mempersiap golongan istimewa sertai alam pekerjaan

Latihan di pusat makanan bantu anak sulung berasa berguna semula

Oct 21, 2019 | 05:30 AM



IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.



Kehidupan seorang jejaka segak dan gagah berubah menjadi rapuh tatkala dirempuh musibah demi musibah.



Bermula dengan satu kemalangan langgar lari di Ekspreswe Central (CTE) pada November 2014 menyebabkan Encik Syed Fauzi Osni, 29 tahun, yang ketika itu bekerja sebagai penghantar makanan dengan sebuah restoran, kehilangan pekerjaan.



Akibat nahas tersebut, anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu jatuh dalam keadaan koma kerana mengalami kecederaan otak dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng selama dua bulan.



Sebaik sahaja sedar, Encik Syed Fauzi menerima khabar bahawa neneknya juga berada keadaan koma kerana menghidap sakit yang tidak diketahuinya.



"Sejujurnya, saya berasa amat sedih pada waktu itu. Kali terakhir saya tengok nenek saya, beliau di Hospital Universiti Nasional. Kami tak dapat berbual pun...



"Beberapa hari kemudian, beliau meninggal," ratap Encik Syed Fauzi, yang tidak dapat menziarah jenazah neneknya kerana masih menjalani proses rawatan ketika itu.



Kesedihan yang dialami beliau bertambah apabila adiknya pula meninggal dunia pada 25 Mac 2015, dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian salah faham.



"Saya rasa stres dan amat sedih sepanjang tempoh itu. Kadang-kadang naik bingit juga," ujar Encik Fauzi, yang turut mengalami lemah pada bahagian kanan tubuhnya akibat kemalangan tersebut.



"Waktu itu, saya hanya mampu tolong kemas-kemas rumah untuk mengalihkan perhatian daripada masalah hidup saya. Dalam keadaan sedemikian, saya juga tidak dapat keluar bekerja."



Namun, hidupnya berubah setelah diambil bekerja di Dignity Kitchen, sebuah syarikat perusahaan sosial yang mengendalikan pusat makanan di Serangoon Avenue 3.



Sejak bekerja sebagai pembuat air di syarikat tersebut, Encik Syed Fauzi, yang pernah bertugas sebagai pencatat data, lebih riang dan berasa "berguna semula".



Lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang meminati bidang perkhidmatan dan pekerjaan hands-on itu menambah bahawa tugasnya di sana bukan sahaja pekerjaan yang sesuai baginya, malah beliau dapat menimba ilmu mengenai golongan kurang upaya sepertinya.



Di Dignity Kitchen, penerima bantuan diajar dan dilatih kemahiran teknikal dan kemahiran insani seperti cara berkomunikasi dan berinteraksi sesama pekerja lain dan dengan pelanggan - kemahiran penting yang diperlukan dalam industri makanan dan minuman (F&B).



Pengasas Dignity Kitchen, Encik Koh Seng Choon, berpegang teguh pada misi "mengembalikan maruah mereka yang kurang upaya dan bernasib baik melalui kerjaya yang mengghairahkan" bagi memanfaatkan penerima bantuan dari segi kemahiran, pekerjaan, integrasi dan keterangkuman.



"Dengan adanya pusat makanan ini, penerima bantuan dapat menggunakan wadah tersebut untuk berinteraksi dengan pelanggan dan belajar cara mengendalikan tugas supaya mereka tidak mengalami kejutan budaya apabila mereka mula bekerja di luar," tambah Encik Koh, 60 tahun.



Sejak pembukaannya pada Ogos 2010, Dignity Kitchen telah melatih seramai 796 individu dan kini mempunyai lagi 39 penerima bantuan.



Antaranya termasuk Encik Rosirwan Isni, 31 tahun, yang cacat pendengaran dan Cik Mastura Shaprin, 26 tahun, yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) rendah.



Cik Masturah, yang bekerja di gerai Nasi Ekonomik Dignity Kitchen sejak tahun lepas, telah mempertingkatkan dirinya.



"Saya sekarang boleh bantu ibu bapa saya dari segi kewangan. Duit selainnya saya gunakan untuk diri saya atau saya simpan," ujar beliau.



Bagi Encik Syed Fauzi pula, beliau berharap dapat melakukan lebih banyak dalam kehidupan.



"Walaupun saya kurang upaya dan kadangkala diejek, saya akan terus menjalani hidup saya seperti orang biasa untuk masa depan yang cerah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >