Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan hadapi ancaman pengganasan

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



Singapura telah mengadakan satu latihan bagi menangani ancaman pengganasan, yang dipanggil Exercise Northstar XI, pada 22 Mac di Jurong Island. Latihan dipimpin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan melibatkan sekitar 300 pegawai daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan seperti Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Polis Singapura (SAF), Perbadanan Bandar Jurong (JTC) dan ExxonMobil. Exercise Northstar adalah satu siri latihan yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1997 untuk mengesahkan pelan tindak balas kecemasan pelbagai agensi dan melaksanakan koordinasi di kalangan agensi nasional dalam bertindak balas kepada kecemasan utama. Latihan itu juga berfungsi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman keganasan dan menggalakkan kewaspadaan berterusan. BERITA HARIAN melihat kembali latihan itu melalui foto-foto berikut.




"Sebagai individu, kita mesti berwaspada dan memperhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita, dan tahu cara bertindak balas sekiranya insiden berlaku. Kita juga mesti kekal bersatu sebagai satu rakyat. Ancaman keganasan bukan hanya tentang orang yang cedera atau infrastruktur yang musnah. Ia adalah keretakan dalam masyarakat kita yang akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Kita tidak boleh membiarkan keretakan itu berlaku kepada kita."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




"Exercise Northstar, yang diperhatikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri lain, telah menambah keyakinan kita untuk menangani ancaman keganasan. Latihan pelbagai agensi itu, yang melibatkan lebih 300 kakitangan dari Pasukan Polis Singapura, Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Angkatan Bersenjata Singapura, Perbadanan Bandar Jurong dan agensi utama lain, menguji pelan tindak balas kecemasan dan koordinasi kita kepada kecemasan utama."
- Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >