Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan kerahan dinanti-nantikan setiap tahun

Nov 05, 2017 | 05:30 AM



SETELAH taman menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Encik Muhammad Sa'adiq Abdul Majid menanti-nantikan latihan kerahan setiap tahun.



"Saya tidak pernah menganggap NS mahupun latihan sebagai anggota kerahan sebagai sesuatu beban.



"Pada saya, ia suatu tanggungjawab setiap warga Singapura yang berupaya, untuk mempertahankan negara," ujar Encik Muhammad Sa'adiq, 32 tahun, seorang juru teknologi di sebuah syarikat semikonduktor.



"Dan apabila saya menjalani latihan kerahan, saya tahu saya sentiasa bersedia untuk memainkan peranan aktif dalam pertahanan negara," tambah beliau.



Encik Muhammad Sa'adiq berkhidmat sebagai Sarjan Mejar Kompeni (CSM) dan penyelia pengangkutan di 1 Batalion Bekalan Am dan Pengangkutan (1 GSTB).



Buat masa ini, beliau berada di penghujung tempoh anggota kerahan, selepas menjalani sembilan kitar latihan. Anggota kerahan NS biasanya menjalani 10 kitar latihan sebelum menamatkan khidmatnya.



Menurut Encik Muhammad Sa'adiq, bapa seorang anak lelaki berusia tiga tahun, cabaran utama apabila beliau menjalani latihan kerahan ialah meninggalkan keluarganya bagi tempoh agak panjang, ada kalanya hingga seminggu.



Namun, isterinya, Cik Nurul Nadia Junaidi, 29 tahun, seorang pegawai perkhidmatan awam, berkata beliau rela berkorban kerana tahu komitmen suaminya pada latihan kerahan.



"Memang, kami perlu berkorban sedikit, seperti bangun lebih awal untuk menguruskan anak dan rumah sebelum pergi ke pejabat. Tetapi saya tahu ini pengorbanan yang perlu dan penting," ujar Cik Nurul Nadia.



Komitmen Encik Muhammad Sa'adiq dan keupayaannya melaksana tugas semasa latihan kerahan diiktiraf apabila beliau dipilih memenangi Anugerah anggota kerahan NS terbaik tahun ini.



Beliau antara 28 anggota kerahan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team yang menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, awal minggu ini.



Menurut Encik Muhammad Sa'adiq, anugerah itu menambah tekad beliau mahu terus berkhidmat sebaik mungkin.



Beliau juga berharap sikapnya itu akan dicontohi anaknya.



"Menjalani NS telah mengubah dan mendewasakan saya. Saya berharap ia juga akan mendewasakan anak saya dan dia sedar akan peri penting berkhidmat kepada negara ini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >