Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan luar negara asah operasi SAF: Zaqy

Mar 21, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad yang melawat anggota tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Jerman menegaskan hubungan pertahanan yang mesra antara kedua-dua negara.



Sebagai sebahagian daripada lawatan itu, Encik Zaqy turut bertemu dengan Setiausaha Negara Parlimen Jerman bagi Pertahanan Cik Siemtje Möller di Berlin.



Encik Zaqy turut menyampaikan penghargaan Singapura atas sokongan Jerman terhadap latihan SAF di Jerman sejak 2009.



Kedua-dua pihak juga mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang kukuh dan berkembang semasa mesyuarat itu.



Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya semalam berkata Singapura dan Jerman berinteraksi secara kerap melalui lawatan dan dialog peringkat tinggi, pertukaran tentera, kehadiran silang kursus profesional dan kerjasama teknologi.



Interaksi ini telah mengukuhkan hubungan profesional antara kedua-dua pertubuhan pertahanan, diperkukuh dengan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang dipertingkatkan pada 2018.



Dalam lawatan Encik Zaqy di Latihan Serangan Panzer di Kawasan Latihan Tentera (OMTA) Oberlausitz, Jerman itu, beliau diberi taklimat mengenai pengendalian latihan dan menyaksikan anggota kerahan dan wanita dari Kompeni Ke-3, Batalion Ke-48 Rejimen Berperisai Singapura (48 SAR).



Mereka menjalani latihan komponen sebagai persediaan untuk Latihan Misi Kompeni mereka.



Encik Zaqy menekankan kepentingan dan nilai latihan di luar negara seperti Latihan Panzer Strike untuk mengasah kecekapan operasi SAF dalam persekitaran latihan yang realistik.



"Kami dapat mengatur latihan di sini di Kawasan Latihan Ketenteraan Oberlausitz, yang seperempat saiz Singapura.



"Ini membolehkan kami menjalankan latihan dengan selamat untuk misi yang lebih kompleks pada skala yang lebih besar dan secara bersepadu.



"Anggota kerahan dan wanita kami dapat meningkatkan kemahiran meriam dan manuver mereka, dan meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan operasi mereka.



"Di tengah-tengah landskap keselamatan sekarang, ia mengingatkan kita tentang keperluan pertahanan menyeluruh bagi SAF untuk mengekalkan kesediaan operasi.



"Itulah sebabnya SAF terus mengukuhkan keupayaan operasinya melalui latihan yang kompleks dan ketat, di dalam dan di luar negara, untuk memastikan askar kita cekap dan mampu mempertahankan Singapura, apabila diminta," ujar Encik Zaqy.



Bercakap selepas interaksinya dengan anggota yang terlibat dalam latihan itu, Encik Zaqy berkata:



"Saya berbesar hati bahawa SAF terus mengekalkan standard keselamatan latihan yang tinggi untuk pasukan kami semasa kami menyambung latihan di luar negara, sambil memastikan mereka sentiasa selamat dari Covid- 19 dengan langkah yang dilaksanakan.



"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota kerahan dan wanita yang telah memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesediaan operasi untuk pertahanan Singapura.



"Mereka telah menunjukkan tahap profesionalisme dan daya tahan yang tinggi, dan mengiktiraf kepentingan pertahanan negara."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >