BEBERAPA khidmat bus awam tidak akan berhenti di perhentian bas di The Float @ Marina Bay (02051) bagi tiga Sabtu bermula hari ini kerana latihan Perbarisan Hari Kebangsaan yang diadakan di sana.
Dalam kenyataannya semalam, pengendali SMRT berkata khidmat bas 75, 857, 960 dan 960e tidak akan berhenti di perhentian bas itu dari 11 pagi hingga 8 malam pada 3, 10 dan 17 Julai.
Dalam kenyataan berasingan, SBS Transit berkata khidmat bas 56, 70M, 111, 133, 162M dan 195 juga tidak akan berhenti di perhentian bas sama pada tempoh tersebut.
Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Pentas Terapung itu dengan bilangan peserta dan penonton yang dikurangkan.