KAWASAN Latihan Shoalwater Bay (SBWTA) di Queensland, Australia, menjadi tempat tinggal mereka selama sekitar 60 hari.
Di sebalik kegersangan tanah yang luas terbentang dan cuaca yang sering bergolak antara panas pada waktu siang dan sejuk kala malam, askar daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menguji tahap ketahanan mental dan fizikal mereka menerusi Latihan Wallaby atau lebih dikenali sebagai Exercise Wallaby.