Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan tangani 'serangan pengganas' di Sentosa

cap
Jan 27, 2018 | 05:30 AM



JERITAN dan bunyi tembakan memecah keheningan suasana selepas tiga lelaki "bersenjata" menyerbu masuk ke sebuah tempat menarik di Sentosa sebelum menembak ke arah 10 orang awam.



Para pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) dari Pasukan Respons Kecemasan (ERT) dan Pasukan Respons Darat (GRF) tiba sejurus kemudian sebelum bertindak mengawal keadaan dan menangani lelaki bersenjata itu.



Kejadian cemas itu bagaimanapun hanya satu adegan lakonan keganasan yang diadakan di KidZania Singapore semalam sebagai salah satu senario latihan antiserangan pengganas Exercise Heartbeat tahun ini, yang kini memasuki tahun ke-10, lapor The Straits Times.



Latihan tersebut bertujuan menguji respons kecemasan SPF dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menangani serangan pengganas di tempat awam seperti di tempat-tempat yang mempunyai daya tarikan.



Hampir 200 orang termasuk pegawai SPF dan SCDF menyertai latihan yang dianjurkan bersama oleh SPF, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan disokong oleh KidZania Singapore serta SCDF.



Pengurus Besar KidZania Singapore, Encik Leong Yue Weng, berkata:



"Walaupun kami mempunyai pelan kontinjensi terperinci, latihan bersama ini membolehkan kami menguji langkah-langkah kesediaan kecemasan kami sambil bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk memperhalusi langkah-langkah ini."



Sentosa merupakan kawasan tarikan yang dikunjungi sekitar 6,000 penduduk Singapura serta 19 juta pengunjung termasuk pelancong, setiap tahun.



SDC, yang menyelia pembangunan, pengurusan dan mempromosikan daya tarikan di pulau itu, juga mengendalikan sekitar 50 latihan keselamatan untuk kakitangannya setiap tahun.



Ketua eksekutif SDC, Encik Quek Swee Kuan, berkata:



"Adalah amat penting bagi kami kekal sedia bertindak balas dengan berkesan terhadap sebarang kecemasan supaya semua pengunjung ke Sentosa dapat berasa tenang berada di sini.''



Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan GRC West Coast, Encik Patrick Tay, yang hadir menyaksikan latihan itu berkata adalah penting untuk agensi Home Team, peniaga berkepentingan serta orang awam untuk bekerjasama menangani sebarang ancaman yang mungkin berlaku.



"Latihan ini menjadi platform yang hebat untuk mereka bersama... untuk meningkatkan kesedaran selain mengemas kini beberapa usaha penyelarasan ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >