Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan vaksinasi S'pura dipercepat buat warga emas, diperluas kepada guru, posmen, pekerja asing

Mar 08, 2021 | 03:48 PM



SESI vaksinasi Covid-19 Singapura kini dibuka buat semua warga emas dan akan diperluaskan kepada golongan lebih berisiko tinggi dan pekerja sektor penting termasuk guru, posmen dan pekerja asing.



Dalam kenyataannya pada Isnin (8 Mac), Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan ini mampu dilakukan kerana lebih banyak bekalan vaksin sudah tiba.



Sehingga Ahad (7 Mac), lebih 596,000 dos vaksin Covid-19 sudah ditadbir.



Secara keseluruhannya, sekitar 379,000 individu di Singapura sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama; dengan 217,000 daripada jumlah tersebut sudah menerima suntikan dos kedua, jelas MOH.



Awal sebelum ini, MOH mengumumkan warga emas berusia antara 60 dengan 69 tahun akan mendapatkan dos pertama mereka sekitar lewat Mac.



Bagaimanapun, ia menambah pada Isnin, semua warga emas dalam kumpulan ini akan menerima surat undangan dalam masa beberapa hari mendatang.



Setiap surat mempunyai pautan laman Internet yang boleh digunakan bagi pendaftaran vaksinasi. Selepas pendaftaran, pesanan SMS diberikan dengan pautan tempahan unik pula dikirimkan kepada telefon bimbit warga emas yang berdaftar bagi mendapatkan slot vaksinasi.



Warga emas juga boleh berdaftar bagi vaksinasi di mana-mana balai rakyat atau kelab masyarakat.



Sejauh ini, lebih 55,000 warga emas berusia 70 tahun ke atas sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 ini. Lagi 96,000 warga emas pula sudah mendaftar bagi menerima dos pertama mereka dalam masa beberapa minggu mendatang. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >