Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lau Pa Sat buka ruang runcit sokong jenama tempatan

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



ORANG ramai kini boleh menjangkakan satu pengalaman yang baru dan segar apabila mereka mengunjungi Lau Pa Sat.



Mengetengahkan konsep ruang 'runcit yang bertujuan', Food Folks @ Lau Pa Sat menyuntik nafas baru kepada pusat penjaja popular yang terletak di tengah-tengah kawasan pusat bandar itu.



Meskipun sebahagian daripada kawasan Lau Pa Sat masih menjalani kerja peningkatan dan dijangka dibuka tahun depan, ruang Food Folks @ Lau Pa Sat yang seluas 7,000 kaki persegi itu telahpun dibuka kepada para pelanggan.



Ruang yang dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, semalam, lebih memberi tumpuan dalam menyokong dan mempamerkan jenama makanan tempatan.



Ia menempatkan lebih daripada 10 jenama makanan dan minuman (F&B) tempatan serta gerai runcit yang telah dibahagikan kepada lima zon - iaitu, 'Grab & Go'; 'Love Healthy'; 'Love Singapore'; 'Local Delights' serta 'World Favourites' - yang menjual lebih daripada 800 produk makanan terpilih.



Terdapat juga produk yang dijual eksklusif hanya kepada Food Folks.



Para pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan Singapura yang lebih moden dan memenuhi selera yang berbeza.



Daripada 120 jenama yang ditawarkan, sebanyak 70 peratus merupakan produk makanan yang dihasilkan di sini. Sementara itu, 40 peratus pula merupakan produk yang tidak boleh didapati di pasar raya utama dan khusus untuk kedai runcit yang terdapat di Food Folks.



Antara jenama F&B dan barangan halal yang terdapat di situ termasuk The Soup Spoon, Irvins, Taste Asia dan Poppadoms.



Menerusi Food Folks, jenama produk makanan baru dan yang lebih mapan juga dapat meningkatkan kesedaran jenama selain daripada mengembangkan lagi perniagaan mereka di kalangan masyarakat awam.



Sebagai sebahagian daripada misi mereka untuk menyokong perniagaan runcit dan F&B, Food Folks memberikan usaha pemasaran sepanjang tahun dan telah mengecualikan bayaran awal kepada perusahaan ini.



Antara pengeluar produk makanan tempatan yang meraih manfaat daripada daya usaha ini termasuk Edens yang terkenal dengan makanan ringan cendawan shiitake yang dilancarkan dalam talian pada Julai lalu.



Ia merupakan kali pertama produk syarikat tersebut dijual di gerai fizikal dan bagi meraikan usaha baru ini, mereka telah melancarkan perisa baru yang hanya dijual di Food Folks.



Pengasas bersama syarikat tersebut, Cik Crystal Cheng, berkata beliau berharap peluang ini dapat memberikan mereka pendedahan yang diperlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.



"Meskipun perniagaan menerusi e-dagang kini menjadi kebiasaan dalam persekitaran ekonomi sekarang, sebagai jenama tempatan yang baru, sukar untuk mendapatkan tumpuan dalam talian dengan kurangnya kesedaran terhadap jenama kami.



"Memasuki ruang runcit memang menggerunkan dan terdapat risiko besar yang terlibat, terutamanya untuk syarikat yang baru bertapak seperti kami.



"Berada di Food Folks akan membolehkan kami meningkatkan jumlah bekalan dan memperoleh pengalaman mengedar produk kami sekiranya kami ingin memasuki sektor runcit lain di Singapura," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >