Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Amir Qatar tingkat hubungan dua hala dengan S'pura

Oct 17, 2017 | 04:43 PM



QATAR dan Singapura meningkatkan hubungan dua hala hasil lawatan rasmi Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani ke Singapura.



Beliau telah disambut oleh Presiden Halimah Yacob dan diberikan sambutan beristiadat di Istana pagi tadi.



Sheikh Tamim kemudian mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



Mereka bersetuju membentuk lima jawatankuasa teknikal dalam sektor teknologi perhubungan maklumat, keselamatan, perniagaan, perundangan serta kemampanan.



Setelah pertemuan itu, dua pemimpin negara itu kemudian menyaksikan tiga perjanjian dan empat Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani dalam pelbagai bidang.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) Singapura, Encik S Iswaran dan Menteri Perniagaan dan Dagangan Qatar, Encik Jassim Abdulaziz Jassim Al Thani pula menandatangani MOU antara pemerintah Singapura dengan kerajaan Qatar bagi perjanjian pelaburan dua hala (BIT) yang akan memudahkan aliran pelaburan.



Dalam bidang latihan, Kolej Khidmat Awam Singapura telah memeterai MOU dengan Penguasa Pelaburan Kerjasama Qatar (QIA) bagi perkembangan keupayaan kakitangan QIA.



Empat MOU juga dimeterai bagi memperkukuh kerjasama bidang perundangan serta pusat huraian pertikaian.



Sempena lawatan rasmi itu, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Qatar juga diadakan Forum Perniagaan Qatar-Singapura bagi mempromosikan hubungan ekonomi lebih erat.



Sheikh Tamim  disertai 52 anggota delegasi perniagaan, termasuk wakil-wakil Bank Pembangunan Qatar dan Qatar Airways. Qatar merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Singapura di Timur Tengah setelah Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.



Ini merupakan lawatan ketiga Amir Qatar itu setelah mengadakan lawatan rasmi di Singapura pada 2005 dan 2009.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >