SATU inisiatif baru bagi mendekatkan flora dan fauna di pekarangan Istana kepada orang ramai telah meraih sambutan daripada pengunjung.
Dibuka kepada orang ramai buat kali pertama semasa rumah terbuka Istana kelmarin sempena Tahun Baru Cina, kesemua tempat dalam 13 Lawatan Berpandu Alam Semula Jadi dipenuhi pengunjung.