Lawatan Eng Hen ke Jordan perkukuh hubungan pertahanan mesra dua negara
Sep 29, 2017 | 05:30 AM
MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen bertemu Raja Abdullah II Bin Al-Hussein bagi Jordan dan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Hani Fawzi Al-Mulki semasa ke Jordan semalam.
Dr Ng menekankan hubungan mesra antara Jordan dan Singapura semasa pertemuan itu selain berkongsi pandangan mengenai perkembangan keselamatan di Timur Tengah, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef).